Wednesday, August 12, 2009

DEMI MARUAH MELAYU,AGAMA ISLAM DAN RAJA MELAYU: APAKAH CUKUP SEKADAR MINTA MAAF?


Kuantan: 12 Ogos

Isu penghinaan terhadap Agama Islam, Bangsa Melayu dan Raja Melayu semakin berlelusa sekarang ini. Kebanyakkan daripada pemimpin pembangkang terutamanya DAP begitu ghairah dan berlumba-lumba menunjukkan keangkuhan mereka menghina Agama Islam, Bangsa Melayu dan Raja Melayu.

Keangkuhan ini terbit dan disokong pula oleh sayap kiri dan kanan mereka oleh PAS dan PKR yang langsung tidak mempertahan Bangsanya, Agamanya dan Rajanya jua.


Namun begitu, apabila isu sebegini timbul terdapat suara, desakan serta kenyataan untuk sekadar "memohon maaf" daripada pihak yang membuat ankara. Contohnya Pemuda Perak yang membuat demonstrasi di hadapan pejabat DAP Perak bertujuan untuk menyerahkan memorandum mengecam tindakan Siew Fook menghina Islam, Inastitusi Raja Melayu serta mendesak PERMOHONAN MAAF di buat dengan segera. (Laporan UM 12 Ogos)


Persoalannya adalah apakah dengan penghinaan yang di buat sebegitu rupa yang merobek hati-hati Orang Melayu, Orang Islam dan Raja-Raja Melayu boleh diselesaikan dengan sekadar "minta maaf?

Ianya tidak sama dengan hanya orang menampar kemuka kita atau sekadar menumbuk atau menghina kita secara individu.Itu boleh lah dimaafkan dengan hanya memohon maaf.

Tetapi ini lain. Ianya berkaitan dengan keturunan kita, Agama suci yang kita semua orang Islam anuti, serta simbol kedaulatan bangsa dan agama iaitu Raja Melayu. IANYA TIDAK BOLEH SEKADAR DENGAN HANYA MEMINTA MAAF.

Sudah sampai masanya perkara yang sedemikian tidak boleh diambil enteng lagi. Hentikan saja desakan mohon maaf saja...

Oleh itu, penulis amat bersetuju dengan saranan Datuk Ibrahim Ali, Presiden PERKASA yang menyatakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) tidak perlu berterusan meminta pemimpin pembangkang yang menghina Islam meminta maaf sebaliknya mendesak kerajaan BERTINDAK TEGAS terhadap individu terbabit (Utusan Malaysia: 12 Ogos)
Malah dalah akhbar yang sama, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan juga turut menggesa supaya tindakan tegas di ambil terhadap pihak yang mencemuh, memperli dan menghina Islam sehingga mewujudkan situasi berbau hasutan.

Pada Pandangan Saya:

Sudah sampainya masanya, Pergerakan Pemuda UMNO terutamanya perlu bertindak mengikut kesesuaian masa,rentak paluan gendang serta tari pembangkang serta dengan penuh berhemah dan bukan mengikut emosi. Desakan permohonan maaf bukan masa yang sesuai sekarang dengan kedudukan pembangkang yang semakin gelojoh dan sombong bagi menguji keupayaan dan kesabaran Pemimpin UMNO terutamanya kepimpinan Pemuda UMNO sendiri.


Malah kita semua sepatutnya meminta dan menyokong pihak Kerajaan supaya bertindak tegas terhadap individu yang menghina Islam, Bangsa Melayu dan Raja-Raja Melayu mengikut akta dan undang-undang sedia ada. Ini termasuklah penggunaan ISA dan sebagainya serta perlu bertindak segera sebelum nasi menjadi bubur atau bumi menjadi hancur bagaikan "padang jarak padang terkukur"

Yakin lah, jika tindakan tegas tidak di ambil, akan banyak lagi lah penghinaan yang akan timbul malah mungkin lebih berbisa lagi.........Mereka tidak akan serik selagi niat dan cita-cita mereka belum tercapai..

Monday, August 10, 2009

KESIAN KAT DATO HASSAN ALI

Kuala Lumpur : 10 Ogos

HARAKAH dalam keluaran 10-12 Ogos 2009 halaman N2 bertajuk "TIADA SEKATAN JUAL ARAK DI KAWASAN BUKAN ISLAM" menyatakan bahawa "tiada polisi khusus yang mengharamkan penjualan minuman beralkohol di setiap negeri termasuk yang diperintah Pakatan Rakyat" kata Setiausaha Agung PAS, Dato Mustafa Ali.

Malah tegas beliau, di negeri yang diperintah oleh PAS seperti Kelantan dan Kedah juga tiada larangan untuk menjual arak di kawasan majoriti bukan Islam.

Kita (PAS) sentiasa jaga sensitiviti semua kaum dan PAS buat kaedah tidak jual arak secara terbuka tetapi boleh jual jika kawasan itu majoriti penduduknya bukan Islam seperti Petaling Street.

Mustafa juga menegaskan PAS Pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Pakatan rakyat Selangor dan yakin dengan kebijaksanaan TS Khalis Ibrahim selaku Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Beliau juga menegaskan sebarang keputusan yang di buat oleh Kerajaan Negeri selangor tentu dibuat berdasarkan pendangan semua pihak dan PAS akan menghormati keputusan tersebut.

Pada Pandangan Saya:

Saya amat bersimpati dengan Dato Hassan Ali. Tapi keputusan telah dijangka bahawa Dato Hasan pasti kantoi.....

Pandangan PAS pusat melalui Setiausaha Agungnya tetap memihak kepada MB Selangor yang majoriti EXCOnya bukan Islam yang membuat keputusan sedemikian.

Itu lah PAS. Shah Alam adalah majoriti penduduknya Melayu dan beragama Islam. Tapi keputusan tetap sama iaitu membenarkan penjualan arak.Bukan itu saja, malah bermacam lesen maksiat juga berleluasa.....

Nampaknya Dato berkokok sendirian tanpa sahutan sahabat mahupun ketua sendiri. Mana perginya mereka.....

Pengajaran kepada kes Dato Hasan perlu menjadi pengajaran kepada pemimpin PAS yang lain.Apakah ini perjuangan ISLAM sebenar yang dibawa oleh PAS.Apakah perjuangan kerana Allah atau kerana kuasa?

Jika perjuangan kerana Allah, HAPUSKAN ARAK, HAPUSKAN JUDI, HAPUSKAN FITNAH DAN KATA NISTA, HAPUSKAN DENDAM DAN HASAD DENGKI, KAUM NABI LUT.........

I MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN



Thursday, August 6, 2009

ANTARA JEFF OOI DAN RONNIE LIU - APA KOMEN PAS PUSAT?

SHAH ALAM - 6 Ogos

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali
mendesak Kerajan Negeri Selangor, agar segera
menyerahkan fotfolio kerajaan tempatan kepada
EXCO Lain atau terus dipegang oleh Menteri Besar.

Ini ekoran daripada campur tangan Ronnie Liu dalam tugas pihak berkuasa tempatan (PBT)
hingga menyukarkan penguatkuasaan
dijalankan.

Ia dimulakan dengan arahan Liu untuk MBSA
memulangkan arak yang dirampas dari kedai
serbanika Jalan Liku, seksyen 8, Shah Alam.

Namun isu ini ini ditutup oleh Khalid Ibrahim dengan menolaknya mentah-mentah.Malah diberi amaran pula dengan berkata "Mulai hari ini sesiapa saja termasuk EXCO Kerajaan Negeri tidak dibenarkan bercakap atau memberi kenyataan mengenainya sehinggalah satu penyelesaian diputuskan pada jumaat ini.

Bagaimana pula dengan Jeff Ooi?

Jeff Ooi pula mengaitkan "Syariah Islam sebagai ekstremis" semasa pertelingkahan beliau dengan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Razali Abdullah. Satu kenyataan yang sangat sensitif dan menjatuhkan maruah Islam serta menunjukkan yang beliau sangat anti Islam

Namun dalam isu Jeff Ooi ini, Dewan Pemuda PAS pusat, melalui ketuanya Nasarudin Hasan hanya mahukan supaya beliau menarik balik kenyataan atau memohon maaf secara terbuka.

Pada pandangan saya...

PAS pusat seolah-olah buat tutup mata dengan kejadian-kejadian yang mengaib- kan Islam tanpa memberikan sepatah komen pun. Mungkin ini adalah kenyataan daripada geng mereka (pembangkang), lantaran itu mereka tak berani komen..

Kesihan kat Hassan Ali yang melalak kesaorangan tanpa pembelaan daripada Presiden Mereka, Mursidul Am malah pemimpim PAS di Selangor sendiri. Sebab itu kenyataan Hasan Ali dengan mudah dipatahkan oleh Khalid Ibrahim...

Hasan Ali mungkin telah melihat bagaimana rakan-rakan mereka terutamanya dari DAP begitu bermaharaja lela di Selangor yang "beraja dimata dan bersultan dihati" membahagi-bahagi harta rampasan perang setelah kekalahan BN di Selangor.

Begitu juga dengan kes Jeff Ooi, kita tidak nampak juga sebarang komen dari pemimpin PAS pusat.

Saya yakin jika kenyataan yang sama dikeluarkan oleh pemimpin UMNO atau komponannya sudah barang tentu komen yang berjela-jela dan pedas dikeluarkan oleh PAS pusat.

Lihat saja kes perpaduan dengan UMNO sehinggakan Mursidulnya memberi komen "Pergi jahanam dengan UMNO"

Itulah PAS......Kesian kat mereka...Mereka masih tak sedar yang sebenarnya mereka telah diperkudakan oleh DAP dan PKR....

Nik Aziz tertidur sebab itu dia tak nampak (seperti dalam gambar)