Wednesday, August 12, 2009

DEMI MARUAH MELAYU,AGAMA ISLAM DAN RAJA MELAYU: APAKAH CUKUP SEKADAR MINTA MAAF?


Kuantan: 12 Ogos

Isu penghinaan terhadap Agama Islam, Bangsa Melayu dan Raja Melayu semakin berlelusa sekarang ini. Kebanyakkan daripada pemimpin pembangkang terutamanya DAP begitu ghairah dan berlumba-lumba menunjukkan keangkuhan mereka menghina Agama Islam, Bangsa Melayu dan Raja Melayu.

Keangkuhan ini terbit dan disokong pula oleh sayap kiri dan kanan mereka oleh PAS dan PKR yang langsung tidak mempertahan Bangsanya, Agamanya dan Rajanya jua.


Namun begitu, apabila isu sebegini timbul terdapat suara, desakan serta kenyataan untuk sekadar "memohon maaf" daripada pihak yang membuat ankara. Contohnya Pemuda Perak yang membuat demonstrasi di hadapan pejabat DAP Perak bertujuan untuk menyerahkan memorandum mengecam tindakan Siew Fook menghina Islam, Inastitusi Raja Melayu serta mendesak PERMOHONAN MAAF di buat dengan segera. (Laporan UM 12 Ogos)


Persoalannya adalah apakah dengan penghinaan yang di buat sebegitu rupa yang merobek hati-hati Orang Melayu, Orang Islam dan Raja-Raja Melayu boleh diselesaikan dengan sekadar "minta maaf?

Ianya tidak sama dengan hanya orang menampar kemuka kita atau sekadar menumbuk atau menghina kita secara individu.Itu boleh lah dimaafkan dengan hanya memohon maaf.

Tetapi ini lain. Ianya berkaitan dengan keturunan kita, Agama suci yang kita semua orang Islam anuti, serta simbol kedaulatan bangsa dan agama iaitu Raja Melayu. IANYA TIDAK BOLEH SEKADAR DENGAN HANYA MEMINTA MAAF.

Sudah sampai masanya perkara yang sedemikian tidak boleh diambil enteng lagi. Hentikan saja desakan mohon maaf saja...

Oleh itu, penulis amat bersetuju dengan saranan Datuk Ibrahim Ali, Presiden PERKASA yang menyatakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) tidak perlu berterusan meminta pemimpin pembangkang yang menghina Islam meminta maaf sebaliknya mendesak kerajaan BERTINDAK TEGAS terhadap individu terbabit (Utusan Malaysia: 12 Ogos)
Malah dalah akhbar yang sama, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan juga turut menggesa supaya tindakan tegas di ambil terhadap pihak yang mencemuh, memperli dan menghina Islam sehingga mewujudkan situasi berbau hasutan.

Pada Pandangan Saya:

Sudah sampainya masanya, Pergerakan Pemuda UMNO terutamanya perlu bertindak mengikut kesesuaian masa,rentak paluan gendang serta tari pembangkang serta dengan penuh berhemah dan bukan mengikut emosi. Desakan permohonan maaf bukan masa yang sesuai sekarang dengan kedudukan pembangkang yang semakin gelojoh dan sombong bagi menguji keupayaan dan kesabaran Pemimpin UMNO terutamanya kepimpinan Pemuda UMNO sendiri.


Malah kita semua sepatutnya meminta dan menyokong pihak Kerajaan supaya bertindak tegas terhadap individu yang menghina Islam, Bangsa Melayu dan Raja-Raja Melayu mengikut akta dan undang-undang sedia ada. Ini termasuklah penggunaan ISA dan sebagainya serta perlu bertindak segera sebelum nasi menjadi bubur atau bumi menjadi hancur bagaikan "padang jarak padang terkukur"

Yakin lah, jika tindakan tegas tidak di ambil, akan banyak lagi lah penghinaan yang akan timbul malah mungkin lebih berbisa lagi.........Mereka tidak akan serik selagi niat dan cita-cita mereka belum tercapai..

Monday, August 10, 2009

KESIAN KAT DATO HASSAN ALI

Kuala Lumpur : 10 Ogos

HARAKAH dalam keluaran 10-12 Ogos 2009 halaman N2 bertajuk "TIADA SEKATAN JUAL ARAK DI KAWASAN BUKAN ISLAM" menyatakan bahawa "tiada polisi khusus yang mengharamkan penjualan minuman beralkohol di setiap negeri termasuk yang diperintah Pakatan Rakyat" kata Setiausaha Agung PAS, Dato Mustafa Ali.

Malah tegas beliau, di negeri yang diperintah oleh PAS seperti Kelantan dan Kedah juga tiada larangan untuk menjual arak di kawasan majoriti bukan Islam.

Kita (PAS) sentiasa jaga sensitiviti semua kaum dan PAS buat kaedah tidak jual arak secara terbuka tetapi boleh jual jika kawasan itu majoriti penduduknya bukan Islam seperti Petaling Street.

Mustafa juga menegaskan PAS Pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Pakatan rakyat Selangor dan yakin dengan kebijaksanaan TS Khalis Ibrahim selaku Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Beliau juga menegaskan sebarang keputusan yang di buat oleh Kerajaan Negeri selangor tentu dibuat berdasarkan pendangan semua pihak dan PAS akan menghormati keputusan tersebut.

Pada Pandangan Saya:

Saya amat bersimpati dengan Dato Hassan Ali. Tapi keputusan telah dijangka bahawa Dato Hasan pasti kantoi.....

Pandangan PAS pusat melalui Setiausaha Agungnya tetap memihak kepada MB Selangor yang majoriti EXCOnya bukan Islam yang membuat keputusan sedemikian.

Itu lah PAS. Shah Alam adalah majoriti penduduknya Melayu dan beragama Islam. Tapi keputusan tetap sama iaitu membenarkan penjualan arak.Bukan itu saja, malah bermacam lesen maksiat juga berleluasa.....

Nampaknya Dato berkokok sendirian tanpa sahutan sahabat mahupun ketua sendiri. Mana perginya mereka.....

Pengajaran kepada kes Dato Hasan perlu menjadi pengajaran kepada pemimpin PAS yang lain.Apakah ini perjuangan ISLAM sebenar yang dibawa oleh PAS.Apakah perjuangan kerana Allah atau kerana kuasa?

Jika perjuangan kerana Allah, HAPUSKAN ARAK, HAPUSKAN JUDI, HAPUSKAN FITNAH DAN KATA NISTA, HAPUSKAN DENDAM DAN HASAD DENGKI, KAUM NABI LUT.........

I MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN



Thursday, August 6, 2009

ANTARA JEFF OOI DAN RONNIE LIU - APA KOMEN PAS PUSAT?

SHAH ALAM - 6 Ogos

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali
mendesak Kerajan Negeri Selangor, agar segera
menyerahkan fotfolio kerajaan tempatan kepada
EXCO Lain atau terus dipegang oleh Menteri Besar.

Ini ekoran daripada campur tangan Ronnie Liu dalam tugas pihak berkuasa tempatan (PBT)
hingga menyukarkan penguatkuasaan
dijalankan.

Ia dimulakan dengan arahan Liu untuk MBSA
memulangkan arak yang dirampas dari kedai
serbanika Jalan Liku, seksyen 8, Shah Alam.

Namun isu ini ini ditutup oleh Khalid Ibrahim dengan menolaknya mentah-mentah.Malah diberi amaran pula dengan berkata "Mulai hari ini sesiapa saja termasuk EXCO Kerajaan Negeri tidak dibenarkan bercakap atau memberi kenyataan mengenainya sehinggalah satu penyelesaian diputuskan pada jumaat ini.

Bagaimana pula dengan Jeff Ooi?

Jeff Ooi pula mengaitkan "Syariah Islam sebagai ekstremis" semasa pertelingkahan beliau dengan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Razali Abdullah. Satu kenyataan yang sangat sensitif dan menjatuhkan maruah Islam serta menunjukkan yang beliau sangat anti Islam

Namun dalam isu Jeff Ooi ini, Dewan Pemuda PAS pusat, melalui ketuanya Nasarudin Hasan hanya mahukan supaya beliau menarik balik kenyataan atau memohon maaf secara terbuka.

Pada pandangan saya...

PAS pusat seolah-olah buat tutup mata dengan kejadian-kejadian yang mengaib- kan Islam tanpa memberikan sepatah komen pun. Mungkin ini adalah kenyataan daripada geng mereka (pembangkang), lantaran itu mereka tak berani komen..

Kesihan kat Hassan Ali yang melalak kesaorangan tanpa pembelaan daripada Presiden Mereka, Mursidul Am malah pemimpim PAS di Selangor sendiri. Sebab itu kenyataan Hasan Ali dengan mudah dipatahkan oleh Khalid Ibrahim...

Hasan Ali mungkin telah melihat bagaimana rakan-rakan mereka terutamanya dari DAP begitu bermaharaja lela di Selangor yang "beraja dimata dan bersultan dihati" membahagi-bahagi harta rampasan perang setelah kekalahan BN di Selangor.

Begitu juga dengan kes Jeff Ooi, kita tidak nampak juga sebarang komen dari pemimpin PAS pusat.

Saya yakin jika kenyataan yang sama dikeluarkan oleh pemimpin UMNO atau komponannya sudah barang tentu komen yang berjela-jela dan pedas dikeluarkan oleh PAS pusat.

Lihat saja kes perpaduan dengan UMNO sehinggakan Mursidulnya memberi komen "Pergi jahanam dengan UMNO"

Itulah PAS......Kesian kat mereka...Mereka masih tak sedar yang sebenarnya mereka telah diperkudakan oleh DAP dan PKR....

Nik Aziz tertidur sebab itu dia tak nampak (seperti dalam gambar)

Friday, July 24, 2009

APA BEZANYA?




KUANTAN: 24 JUL

Gambar atas tu nampak macam biasa aje....
Macam tak de apa-apa.....Tapi kalu diamati betul- betul kita dapati betapa hebatnya Si Leong boleh mempengaruhi 8 pahlawan Melayu......

Kalu benar berjuang untuk semua dan mendapat simpati semua kaum, mana pahlawan Cina dan India.......

Koi malu sangat weh.....Tengok gelagat mereka.....sungguh murah maruahnya....

Berbeza pula gambar yang bawah tu.......Fatwa mana yang dipakai yang membolehkan dia memegang lilin sembayang......tapi koi percaya Nik Aziz akan keluar fatwa menyokong Nizar...sebab yang PAS buat semuanya boleh..kalu orang lain buat tuntu tak boleh....Fatwa Politik......

Yang lebih sedihnya.....sipa pula yang bersongkok sebelah Nizar tu...Yang ni lebih glomal....

Tapi aku ingat tuntu Nik Aziz kata ok sebab pernah dia kata songkok tu bukan pakaian Islam...........Alasannya sebab dia pakai serban.....

Bercelaru lagi lah pemikiran umat Islam....


Monday, July 20, 2009

DEMONSTRASI! DEMONSTRASI!DEMONSTRASI




Kuala Lumpur: 20 Jul
PEMBANGKANG TIADA KERJA LAIN KE?
Nampaknya Pakatan Rakyat ni dah tak ade kerja. Hari-hari ajak rakyat berdemonstrasi dengan matlamat dan hasrat untuk menumbangkan BN yang diberi mandat memerintah Malaysia dalam PRU ke 12 yang lalu.
Pantang ada isu, demonstrasi,demonstrasi,demonstrasi......
Terbarunya isu kematian Teoh Beng Hock pun ajak rakyat berdemonstrasi.....Anwar ke mahkamah pun ajak rakyat berdemonstrasi, Taresa Kok kena tahan ISA pun ajak rakyat berdemonstrasi. Pendek kata banyak lagi perkara yang berlalu di buat demonstrasi...Mungkin isu yang akan datang pun cara penyelesaiannya demonstrasi......

Itulah yang ada dalam benak pemikiran pemimpin Pembangkang sekarang......
Demonstrasi ni dipelopori oleh Anwar pada 1974. Sebelum Anwar dilucutkan jawatan dan ditangkap pun banyak demonstrasi dilakukan dan bila dibebaskan dari penjara sehingga sekarang pun lagi banyak demonstrasi di buat. Pendek kata Anwar lah "kepala alangnya". Pemimpin pembangkang yang lain memperkudakan Anwar.....
Kesihan kepada pengikut parti pembangkang ni...tinggal kerja, tinggal berniaga, tinggal anak isteri,tinggal cari makan yang lain untuk turut serta berdemonstrasi.....Yang senang, pemimpin mereka, yang susahnya pengikut setia yang tak tahu apa satu....suruh berdemonstrasi, ikur dan akur tanpa usul periksa.
Alangkah baiknya jika masa berdemonstrasi dipergunakan sebaiknya untuk menambah pintu rezeki bagi menyara anak isteri, menambah kan harta, menambah sedekah jariah jika rezeki berlebihan.....
Komen Penulis:
Kepada pendemonstrasi jalanan terutamanya bangsa Melayu.......Beristighfar dan bermuhasabah lah.....
Rentikanlah kerja tak berfaedah tu....jangan diikutkan sangat pemimpin kamu tu.....kalu dia jadi pemimpin negara dia tak pandang kamu lagi sebab cita-citanya dah berjaya..
Ikut hati mati, ikut rasa binasa....Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu
UTAMAKAN LAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KAMU....

Saturday, July 18, 2009

SETIAUSAHA POLITIK EXCO?

Shah Alam: 16 Julai



Kebanyakan akhbar utama hari ini melaporkan kematian tragis, Teoh Beng Hock yang ditemui mati di tingkat 5, Bangunan Plaza Masalam, Shah Alam.

Ada yang melaporkan beliau terjatuh dari bangunan.Namun ada juga sesetengah pihak melaporkan yang beliau "membunuh diri" seperti yang tajuk dalam Utusan Malaysia " jatuh atau lompat?"

"Kita tak pasti dia terjatuh atau lompat atau apa. Kalau terjatuh dari tingkat
mana pun tak tahu.Tunggulah hasil siasatan polis nanti.-Dato Mohd Syukri Abdull"
(UM)

"Polis mengklasifikan penemuan mayat Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Sri Kembangan, Ean Yong Hian Wah di tingkat 5, Bangunan Plaza Masalam dekat sini semalam sebagai mati mengejut - Ketua Polis Selangor" (Sinar Harian)

Namun yang dipersoalkan adalah istilah "setiausaha politik" yang
digunakan pada jawatan Teoh Beng Hock.

Pada kebiasaannya hanya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri,
Menteri-Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri sahaja yang
mempunyai Setiausaha politik.


Namun begitu bagi Sabah dan Sarawak dimana terdapat jawatan Menteri bagi barisan kabinet Kerajaan Negeri, maka Menteri-Menteri di Sabah dan Sarawak juga mempunyai Setiausaha Politik.


Bagi Negeri-Negeri lain di Semenanjung, difahamkan masih menggunakan istilah "Pembantu Khas" kepada EXCO

Komen:

Ini lah yang dikatakan Kerajaan PR. Guna istilah ikut suka hati. Dah lah tu nak pakai songkok tuntut pulak nak jadi bumiputra..Celaru...celaru

Khalid Ibrahim pun satu....ikut saja telunjuk orang lain takut hilang jawatan walau pun menggadai maruah bangsa sendiri

Thursday, July 16, 2009

"RINTIS PENYATUAN MELAYU"


Ipoh: 14 Julai

Raja Muda Perak mahu usaha penyatuan umat
Melayu dirintis bagi membina keupayaan kaum
itu dalam semangat serumpun bangsa dan sealiran
agama.

Baginda juga bertitah supaya semua pihak harus
mengenepikan kesetiaan kepada individu atau
kumpulan. Titahnya lagi:
"Berpijak kepada kenyataan, berpandulah kepada akal fikiran. Semarakkan
semangat silaturrahim, hayati semangat bermaaf-maafan, bahawa Melayu itu
bangsamu dan Islam itu agamamu"

"Bersatulah dalam semangat dan roh agama suci Islam yang sama-sama mengakui hakikat keesaan Allah, Tuhan yang satu dan Nabi Muhamad SAW itu ialah Rasul Junjungan, Al-Quran itu kitab pegangan dan secara bersama mengadap kiblat melakukan ibadat sembahyang dan menerima orang Islam itu sebagai saudara"


Budaya berpolitik yang sedang berlaku menyebabkan ketaksuban baru sehingga menjelma budaya saabiyah yang mengutamakan kesetiaan kepada kumpulan berbanding kelangsungan ummah"


Keadaan itu menyebabkan Melayu Islam terperangkap dalam perlumbaan mencari kesalahan dan kelemahan antara satu sama lain"

"Lebih malag lagi apabila kata-kata yang diungkapkan mahupun tindakan yang dilakukan, semakin hari semakin mengheret bangsa jatuh ke lembah."

"Akibatnya modal pengupayaan umat menjadi semakin lemah.Berapakah ketirisan yang akan terus berlaku lagi? Berapa ramai lagikah yang tergamak menjadi pelakon opera, memakai topeng Islam dan topeng Melayu, mempersenda umat, memperdaya bangsa demi memenuhi nafsu sendiri"

"Jika pertelingkahan terus memuncak, jika perbalahan terus berlanjutan akan bertambah binasalah bangsa dan pada akhirnya tiada lagi pihak yang menang"

Ini adalah kerana yang menang telah menjadi arang, sementara yang kalah menjadi abu"

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah patik mohon di ampun

Patik pohon supaya semua umat Melayu Islam supaya menghayati Titah Tuanku demi bumi bertuah yang tercinta terus dipelihara oleh Allah AWT

Monday, July 13, 2009

MANIK URAI MILIK BN?




KUALA KRAI - 13 JUL



Rata-rata di kalangan pengundi di Manik Urai (MU) yang di temui akan berubah arah dengan
menyokong BN. Mereka bertindak demikian kerana terpaut dengan hujjah serta kempen
pemimpin BN.Ujar seorang sahabat di MUmelalui kiriman SMS.

Mengulas lanjut berita berkenaan, ramai pengundi mengakui bahawa kempen PAS
terlalu banyak menghentam dan mencaci orang lain, mengungkit cerita lama serta cakap
tak serupa bikin.

Kempen UMNO tolak Islam, Undi PAS ada saham ke Syurga, PAS membangun bersama Islam dah tak makan lagi. Mereka juga sedar PAS hanya ada kat Malaysia saja dan bagaimana pula dengan berbilion umat Islam di Negara Islam yang lain yang tak ade parti PAS seperti Mesir, Arab Saudi, Kuwait, Qatar? Apakah mereka tak boleh masuk Syurga kerana tak ada PAS?

Keduanya kalu dah undi PAS di jamin masuk Syurga, wat ape nak susah-susah beribadat lagi sebab dah dijamin syurga.

Ketiganya, tak ade ape yang PAS buat selama hampir 20 tahun sejak 1990 lagi. Hatta sebuah masjid pun tak terbina.Nak hapuskan maksiat, maksiat masih berleluasa. Pelacuran pun masih ada. Yang ditangkap berkhalwat pun masih ade seperti yang dilaporkan berlaku di Pasir Putih.

Nik Azit pun dah melampau-lampau. Tuduh orang lain macam-macam. Malah dah semakin angkuh serta sombong. Cakap dan tingkah lakunya memalukan ulamak lain..

Kita nak bagi peluang kat BN pulok. Nak tengok pembangunan baru di MU yang di janji oleh BN. Selamo ni kito doh kene tipu. Demo gomo pitih belanar, kito di suruh jadi miskin. Tengok rumoh demo, mache istano, kaloh rumoh orghe BN...ujar sahabat berkenaan mengakhiri SMSnya.

Komen kawe....

Kawe pun "salute" kat ohge MU kalu ni benar berlaku.Demo kena ikut oghe Pengkalan Pasir. Buwi gak BN bene. Oghe Kelate tok rugi apo-apo..
Jadikan MU sebagai teladan dan contoh kepada seluruh rakyat Kelantan. Tolak PAS bukan bererti tolak Islam. PAS adalah parti ciptaan manusia. Ia didaftarkan dengan Pandaftar Pertubuhan Malaysia sebagai sebuah parti politik berbanding dengan Islam sebagai Agama yang syumul.
Konsep PAS itu Islam dan Islam itu PAS mengikut dakwaan PAS, langsung tidak betul sebab PAS iyu sebuah Parti dan Islam tu Agama.
Kita sama-sama tunggu ketutusannya nanti.................

Thursday, July 9, 2009

AZIZAN - KAU BUKAN WIRA

Kuala Lumpur-9 Julai

Buat Ustaz Azizan

Dulu aku anggap kau lah wira
Ternyata hampa belaka
Memang dah aku jangka
Kau wira kejap saja

Hang cakap keloq-keloq
Tak berteloq
Tak nak cakap, tak nak khabaq
Hang memang ............

Orang Islam nak berlindung
Tapi Hang tak de hidung
Kit Siang dan Anwar muka muncung
Hang dah condong

Awat macam tu Ustaz...............Dulu kata kat Pak Lah tokey babi....Kata kat Pemimpin UMNO macam-macam lagi...Tolak Islam lah, rasuah.... Eish..

Tapi bila dah dapat kuasa, lebih teruk dari depa.....

Sebab tu lah ustaz, mengkritik tu mudah...sangat mudah. Tapi untuk memerintah bukanlah perkara mudah..

Yang lebih teruk tu nampaknya hang bukan pemimpin tetapi terpimpin.....

Beristirfar lah Ustaz.....Cakap biar lah serupa bikin... Kalu benar benar lah PAS tu benar-benar ikut Islam aku cabar hang supaya Kedah bebas babi, arak, judi, kaki ekor, laga ayam.....

Saturday, July 4, 2009

ZULKIFLI NORDIN BARU KENAL DAP?

KEKALKAN ISA!!!!!!!

Kuala Lumpur 2 Julai: DAP JANGAN UGUT KERAJAAN KEDAH - Zulkifli Nordin (UM 3 Julai)

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Nordin memberi amaran kepada DAP agar mengubah pendekatan kerana tindak tanduk parti itu akhir-akhir ini sudah mula dilihat seperti mahukan hanya suara parti itu sahaja didengari.

Zulkifli juga mempertikaikan pendirian DAP yang tidak konsisten dalam membantah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) memandangkan parti itu tidak bersuara langsung apabila ia digunakan ke atas pemimpin Jemaah islamiah (JI), Mas Selamat.

Tegas Beliau, sebaliknya DAP hanya beria-ia membantah ISA apabila digunakan untuk menahan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

"Bila Mas selamat ditahan, tak ada seorang pun bersuara. Jadi dia (DAP) mewakili kepentingan siapa? Kalau benar-benar tak setuju dengan ISA maknanya semualah, tak kira Uthayakumar ke, Teresa Kok atau Mas Selamat."

PAS dan PKR, kita sama, bila Teresa Kok kena tahan pun kita tuntut beliau dibebaskan, Mas Selamat pun sama. Dan saya sendiri dalam kenyataan tuntut Mas selamat dibebaskan dan dibicarakan di mahkamah. Ini baru konsisten. Kita tau persepsi rakyat yang "engkau" ini mewakili siapa,"tegasnya.

Tahniahlah YB.................Saya pun bersimpati dengan YB sebab saya dah di ajar oleh Tok Aki saya supaya mengenal siapa rakan dan siapa lawan. Tapi saya amat sedih sebab YB memilih orang lain daripada rakan seagama untuk menjadi kawan. Itulah fasalnya. Salah memilih kawan membawa padah. Ramai kawan semasa suka tapi tak ade kawan semasa berduka....

Nampaknya YB dah sedar mainan mereka.........baguslah YB. Berkata benarlah YB walaupun pahit. Tapi....saya yakin dengan YB. Sebab banyak kenyataan yang YB buat kekadang menyengat pucuk pimpinan. Macam ikan keli jugak.

Mereka ni YB, kalu kena kaum depa, mereka hingak semacam. Pulak tu ajak orang lain dan suku sakat bangsa mereka bersama..tapi kena kat bangsa kita, depa diam macak tikus jatuh ke beras.

Mereka ni hipokrit sangat. Lagi pulak mereka ni chouvanist.Sayangnya YB, dua-dua kawan YB tu sama saja. Yang satu tu perjuangkan bangsa depa saja. Yang kena kat bangsa depa, berjuang bermati-matian. Sampai nak ugut. Kena kat bangsa kita, bukan nak tolong tapi diperlekeh lagi.

Yang satu lagi, perjuangkan parti mereka sahaja......lebih assobiyah. Kena kat depa semuanya halal, yang tak kena kat depa semuanya haram........Yang berbogel depan pun, kena suku sakat mereka pun halal....

YB...............ISA tu bagus untuk Negara kita Malaysia. Malah Singapura pun memperketatkan lagi ISA mereka. Untuk apa ISA? Jawapannya adalah untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan rakyat.

YB takut ke kat ISA tu? Jangan takut YB......hanya yang bersalah dan nak melakukan kesalahan saja yang perlu takut. Macam sahabat YB tu, DAP. Mereka nak pulon semua sebab tu lah depa takut ISA. Macam konsep Malaysian Malaysia. Hak depa, hak depa...hak kita pun, jadi hak depa...habih lah kita YB..

TAHNIAH AZIZAN - KAU LAH WIRA

Sekalung tahniah dan syabas Azizan

Hang lah wira
Hang lah benar-benar jantan
Hang berjiwa pejuang

Hang memang berani
Menegak hak pribumi
Menongkah arus pakatan sendiri
menjadi pejuang sejati

Hang memang kurang bercakap
Tapi kau buat kerja bukan berdakap
Hasilnya memanglah sedap
Biarlah orang lain mengidap

Aku selute kat Hang
membuat mereka terkangkang
Hapuskan selesema binatang
Biar olang jadi orang


Tindakan Ustaz Azizan meroboh pusat tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya memang amat dipuji dan merupakan langkah berani.

Namun Ustaz, kalau ada tempat penyembelihan, tentu ada tempat pembiakkannya. Kalu boleh Ustaz, robohkan tempat pembiakannya sekali. Barulah Kedah bebas dari jangkitan selesema...

Orang Islam yang lain dekat Kampung Berjaya memang lagi tabik kat Hang. sebabnya mereka bebas dari bau yang menjijikkan sejak sekian lama. Lebih bahaya dari asap rokok yang dikata kan bahaya dari segi kesihatan.

Tapi Ustaz, aku takut Hang jadi hero sat je. Nanti bila campur tangan berlaku, Hang dah mula terkulai, hilang batu.

Jangan takut dan tunduk kat depa. Depa tu ada satu kerusi je. Takut apa.

Tabik Ustaz.............

Thursday, July 2, 2009

PAS - DULU LAIN,SEKARANG LAIN

"Dulu lain,sekarang lain
Dulu bujang, sekarang dah kahwin"Add Image

Itu adalah bait-bait lagu Allahyarham Dato SM Salim yang selalu didendangkan dan juga menjadi siulan anak-anak muda

Apakah kaitan lagu ini dengan PAS?
Apakah kaitannya dengan kahwin campur?
Malah, apakah kaitannya dengan kahwin campur yang berlainan agama?
Ya.....Ya...... Ya.....

Memetik akhbar Utusan Malaysia dalam ruangan Forum pada 2 Julai 2009, tulisan Ruslan Abd Rahman "Pada tahun 1963 Dewan Ulamak PAS Kelantan menghukum Orang Islam yang bekerjasama dengan bukan Islam sebagai kafir. Fatwa tersebut berbunyi: Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram".
Apa kurangnya "Amanat Hadi" yang juga menghukum kafir kepada Orang UMNO?

Dulu kata UMNO kafir kerana bersekongkol dengan MCA dan MIC tetapi bagaimana pula bila PAS bersekongkol dengan DAP yang terang lagi jelas menolak Islam? Sebab itu sesetengah pihak melarang kita menuduh orang lain kafir kalau tidak ada fakta yang jelas, takut-takut ianya kembali kepada orang yang mengata tu.

Jelaslah sekarang ianya dah menjadi senjata makan tuan. Malah lebih dahsyat daripada itu. Contohnya seperti yang berlaku di Perak.Sudahlah jelas bersekongkol dengan DAP, malah DAP menjadi penasihat,dan sanggup pula menghina Raja sendiri serta bangsa sendiri. Lebih daripada itu ianya ibarat orang gila talak, muka tak mancung,pipi tersorong-sorong.

Apakah Islam menggalakkan umatnya bermusuh sesama sendiri?
Apakah Islam mengajar umatnya memaki hamun sesama Islam
Apakah Islam mengajar umatnya menggalakkan umatnya cakap lain,bikin lain?

"Dulu Lain,Sekarang lain"
"Dulu Bujang, sekarang dah kahwin"

Bermuhasabahlah diri wahai pemimpin PAS..........Letakkanlah Islam lebih daripada kepentingan politik..........Jangan takut hilang sokongan pengundi jika kita menyatakan Islam yang sebenar

Berkata benarlah wahai Tok-tok guru, alim ulama dunia dan akhirat sekali pun pahit.

Islam tidak sahaja terletak kepada kita mengajar kitab, Islam juga tidak hanya terletak kepada ceramah yang berapi-api, Islam juga tidak hanya terletak serban dan pakaian kita.

Membebaskan rakyat dari penjajahan juga ISLAM, mengadakan pembangunan untuk rakyat juga ISLAM, membebaskan rakyat dari kemiskinan juga ISLAM,Mensejahterakan rakyat juga ISLAM, Menjaga kedaulatan Agama,Bangsa dan Negara juga ISLAM.

Apakah yang dibuat oleh PAS untuk perkara di atas berbanding dengan UMNO?

"Dulu lain, sekarang lain"
Dulu tak ada tokoh wanita dalam PAS yang menjadi wakil Rakyat. Sekarang dah boleh. Ade fatwa baru ke?

Tuesday, June 23, 2009

Teruskan berjuang Dato' Sri Najib!!!!

PUTRAJAYA 22 Jun – Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap berupaya mentadbir negara biarpun tanpa konsep kerajaan perpaduan yang cadangannya tiba-tiba muncul setelah diuar-uarkan dahulu oleh Pas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebenarnya tidak timbul isu pakatan pembangkang menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana idea itu bukannya datang dari BN.
Namun, kata beliau, oleh kerana Pas sendiri berhasrat merealisasikannya dan apatah lagi ia bertujuan kebaikan, maka BN menyambutnya secara terbuka.

“Tidak timbul (isu) kerajaan BN lemah sebab pelawaan itu (cadangan kerajaan perpaduan) datang daripada Pas dahulu.

“Maknanya kalau tidak ada kerajaan perpaduan ke, apa benda pun, kerajaan kita (BN) masih kukuh dan mampu melaksanakan agenda pembaharuan yang kita gariskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia Ke-7 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Perdana Menteri mengulas keputusan majlis pimpinan pakatan pembangkang hari ini menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO yang disifatkan suatu fitnah dan tindakan untuk menggugat kekuatan mereka.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan di Parlimen, pakatan pembangkang menyifatkan idea itu sebagai fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan pakatan pembangkang.

“Semua parti dalam pakatan mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan pakatan pembangkang bagi membentuk Kerajaan Persekutuan,” menurut kenyataan yang ditandatangani pemimpin tiga parti pembangkang terbabit iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas) dan Lim Kit Siang (DAP).

Mengulas lanjut, Najib berkata, apabila cadangan kerajaan perpaduan dicetuskan oleh Pas menerusi Abdul Hadi, kerajaan BN pimpinannya menyambutnya secara positif. “Maknanya kita bersikap terbuka kalau sesuatu itu dibuat untuk tujuan mencari kebaikan.
“(Selepas ini) kita tetap dengan pendirian bahawa apabila sesuatu yang baik itu untuk negara, ia mestilah diusahakan bersama walaupun idea itu datang dari pembangkang,” katanya.

Ditanya kemungkinan akan ada lagi cadangan ke arah kerajaan perpaduan pada masa depan, beliau berkata:”Siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada masa depan, segalanya tidak mustahil dalam politik.”

Cadangan kerajaan perpaduan Pas-UMNO yang dicetuskan Abdul Hadi serta disokong timbalannya, Nasharudin Mat Isa bagaimanapun ditentang hebat oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta semua sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.
_____________________________
KOMENTAR ROBIN HOOD...
Hmmm....Asal ingin membina kerajaan perpaduan adalah Hj. Hadi, sepatutnya beliau bertanggungjawab atas apa yang telah dia perkatakan dan tidak menjadi seorang yang pengecut serta menjadi "kuda kepang" kepada DAP dan PKR. Yang lebih teruk lagi telah memalukan dirinya sendiri kerana telah bercakap besar mengenai akan wujudnya kerajaan perpaduan pimpinan beliau dan UMNO..Kesilapan sendiri janganlah pula dituding kepada orang lain plak..."Fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh tau...." Sedarlah wahai umat Islam sekalian....