Monday, December 10, 2012

pembangkan oh pembangkang

Begitulah adanya pembangkang bila mentadbir negeri


“Mana janji pendidikan tadika percuma? Mana janji mencarum Takaful untuk warga emas dan si kurang upaya? Mana elaun ibu tunggal, sampai dah kena saman? Mana elaun khas surirumah?



Mana janji bekalan air percuma setiap bulan tanpa syarat?

“ Itu Selangor, belum lagi kita perhalusi apa yang jadi di Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang”, ujarnya.Di Kelantan pula kata beliau harapan Program Ladang Rakyat, bagi membantu golongan miskin dengan pemberian dividen dan gaji untuk peserta, punah berkecai tak kesampaian.

Katanya lagi ia bukan sahaja gagal, malah amalkan kronisme pula.

“Bertempik terlolong mereka jaja kononnya kita amalkan kronisme, namun bagaikan musang berbulu ayam, dalam diambakiprojek dipajak kepada syarikat kroni pilihan Kerajaan Pas sendiri, tanpa penilaian terperinci.

“Mereka bising projek Lynas dan Pengerang kerana kesannya kepada alam sekitar. Ini lah apabila gajah depan mata tak nampak, kuman seberang lautan mereka nampak. Kawasan tadahan air di Bukit Pos Pasik, tercemar akibat pembalakan melampau dan pembukaan ladang rakyat.

“Orang asli juga terpaksa berdepan dengan penyakit apabila air tadahan kotor berlumpur. Ini belum lagi kita cakap tentang bekalan air kotor yang terus menyeksa rakyat Kelantan”, katanya.

Manakala di Pulau Pinang jelas beliau sandiwara pembangkang yang kononnya menjaga rakyat, terkulai rebah dalam kes tanah Taman Manggis, tanah yang sepatutnya dibina rumah kos rendah sebaliknya dijual kepada syarikat swasta.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pemuda BN Pulau Pinang kerana telah mendedahkan penipuan Ketua Menteri dengan menyahut cabaran menyediakan wang untuk beli tanah tersebut. Tapi sehingga hari Lim Guan Eng diam membisu tak berani sahut cabaran, takut pecah tembelang”, ujarnya.

0 ulasan: