Thursday, July 2, 2009

PAS - DULU LAIN,SEKARANG LAIN

"Dulu lain,sekarang lain
Dulu bujang, sekarang dah kahwin"Add Image

Itu adalah bait-bait lagu Allahyarham Dato SM Salim yang selalu didendangkan dan juga menjadi siulan anak-anak muda

Apakah kaitan lagu ini dengan PAS?
Apakah kaitannya dengan kahwin campur?
Malah, apakah kaitannya dengan kahwin campur yang berlainan agama?
Ya.....Ya...... Ya.....

Memetik akhbar Utusan Malaysia dalam ruangan Forum pada 2 Julai 2009, tulisan Ruslan Abd Rahman "Pada tahun 1963 Dewan Ulamak PAS Kelantan menghukum Orang Islam yang bekerjasama dengan bukan Islam sebagai kafir. Fatwa tersebut berbunyi: Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram".
Apa kurangnya "Amanat Hadi" yang juga menghukum kafir kepada Orang UMNO?

Dulu kata UMNO kafir kerana bersekongkol dengan MCA dan MIC tetapi bagaimana pula bila PAS bersekongkol dengan DAP yang terang lagi jelas menolak Islam? Sebab itu sesetengah pihak melarang kita menuduh orang lain kafir kalau tidak ada fakta yang jelas, takut-takut ianya kembali kepada orang yang mengata tu.

Jelaslah sekarang ianya dah menjadi senjata makan tuan. Malah lebih dahsyat daripada itu. Contohnya seperti yang berlaku di Perak.Sudahlah jelas bersekongkol dengan DAP, malah DAP menjadi penasihat,dan sanggup pula menghina Raja sendiri serta bangsa sendiri. Lebih daripada itu ianya ibarat orang gila talak, muka tak mancung,pipi tersorong-sorong.

Apakah Islam menggalakkan umatnya bermusuh sesama sendiri?
Apakah Islam mengajar umatnya memaki hamun sesama Islam
Apakah Islam mengajar umatnya menggalakkan umatnya cakap lain,bikin lain?

"Dulu Lain,Sekarang lain"
"Dulu Bujang, sekarang dah kahwin"

Bermuhasabahlah diri wahai pemimpin PAS..........Letakkanlah Islam lebih daripada kepentingan politik..........Jangan takut hilang sokongan pengundi jika kita menyatakan Islam yang sebenar

Berkata benarlah wahai Tok-tok guru, alim ulama dunia dan akhirat sekali pun pahit.

Islam tidak sahaja terletak kepada kita mengajar kitab, Islam juga tidak hanya terletak kepada ceramah yang berapi-api, Islam juga tidak hanya terletak serban dan pakaian kita.

Membebaskan rakyat dari penjajahan juga ISLAM, mengadakan pembangunan untuk rakyat juga ISLAM, membebaskan rakyat dari kemiskinan juga ISLAM,Mensejahterakan rakyat juga ISLAM, Menjaga kedaulatan Agama,Bangsa dan Negara juga ISLAM.

Apakah yang dibuat oleh PAS untuk perkara di atas berbanding dengan UMNO?

"Dulu lain, sekarang lain"
Dulu tak ada tokoh wanita dalam PAS yang menjadi wakil Rakyat. Sekarang dah boleh. Ade fatwa baru ke?

0 ulasan: