Thursday, July 16, 2009

"RINTIS PENYATUAN MELAYU"


Ipoh: 14 Julai

Raja Muda Perak mahu usaha penyatuan umat
Melayu dirintis bagi membina keupayaan kaum
itu dalam semangat serumpun bangsa dan sealiran
agama.

Baginda juga bertitah supaya semua pihak harus
mengenepikan kesetiaan kepada individu atau
kumpulan. Titahnya lagi:
"Berpijak kepada kenyataan, berpandulah kepada akal fikiran. Semarakkan
semangat silaturrahim, hayati semangat bermaaf-maafan, bahawa Melayu itu
bangsamu dan Islam itu agamamu"

"Bersatulah dalam semangat dan roh agama suci Islam yang sama-sama mengakui hakikat keesaan Allah, Tuhan yang satu dan Nabi Muhamad SAW itu ialah Rasul Junjungan, Al-Quran itu kitab pegangan dan secara bersama mengadap kiblat melakukan ibadat sembahyang dan menerima orang Islam itu sebagai saudara"


Budaya berpolitik yang sedang berlaku menyebabkan ketaksuban baru sehingga menjelma budaya saabiyah yang mengutamakan kesetiaan kepada kumpulan berbanding kelangsungan ummah"


Keadaan itu menyebabkan Melayu Islam terperangkap dalam perlumbaan mencari kesalahan dan kelemahan antara satu sama lain"

"Lebih malag lagi apabila kata-kata yang diungkapkan mahupun tindakan yang dilakukan, semakin hari semakin mengheret bangsa jatuh ke lembah."

"Akibatnya modal pengupayaan umat menjadi semakin lemah.Berapakah ketirisan yang akan terus berlaku lagi? Berapa ramai lagikah yang tergamak menjadi pelakon opera, memakai topeng Islam dan topeng Melayu, mempersenda umat, memperdaya bangsa demi memenuhi nafsu sendiri"

"Jika pertelingkahan terus memuncak, jika perbalahan terus berlanjutan akan bertambah binasalah bangsa dan pada akhirnya tiada lagi pihak yang menang"

Ini adalah kerana yang menang telah menjadi arang, sementara yang kalah menjadi abu"

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah patik mohon di ampun

Patik pohon supaya semua umat Melayu Islam supaya menghayati Titah Tuanku demi bumi bertuah yang tercinta terus dipelihara oleh Allah AWT

4 ulasan:

YANG GAMBI said...

Salam bro,

Ada umat Melayu yang merasakan diri lebih gah dari Sultan, tidak perlu taat pada titah Sultan.......

permatazamrud said...

Orang Melayu hari ini tidak lagi memandang berat terhadap titah Sultan yang mana boleh dilihat khususnya di Negeri Perak sendiri.

Puakumbu said...

Salam.TK lah atas komen....

Tapi... Camner ye ngan mereka-mereka ni? Bila mereka nak sedar?
Atau nak tunggu bila kita hilang kuasa?

Apa perlu kita buat ngan Melayu spt tu?

poyosede said...

Melayu mudah lupa, lupa sejarah bangsa, lupa hak sendiri...tak tau la bila nak sedar...