Thursday, August 6, 2009

ANTARA JEFF OOI DAN RONNIE LIU - APA KOMEN PAS PUSAT?

SHAH ALAM - 6 Ogos

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali
mendesak Kerajan Negeri Selangor, agar segera
menyerahkan fotfolio kerajaan tempatan kepada
EXCO Lain atau terus dipegang oleh Menteri Besar.

Ini ekoran daripada campur tangan Ronnie Liu dalam tugas pihak berkuasa tempatan (PBT)
hingga menyukarkan penguatkuasaan
dijalankan.

Ia dimulakan dengan arahan Liu untuk MBSA
memulangkan arak yang dirampas dari kedai
serbanika Jalan Liku, seksyen 8, Shah Alam.

Namun isu ini ini ditutup oleh Khalid Ibrahim dengan menolaknya mentah-mentah.Malah diberi amaran pula dengan berkata "Mulai hari ini sesiapa saja termasuk EXCO Kerajaan Negeri tidak dibenarkan bercakap atau memberi kenyataan mengenainya sehinggalah satu penyelesaian diputuskan pada jumaat ini.

Bagaimana pula dengan Jeff Ooi?

Jeff Ooi pula mengaitkan "Syariah Islam sebagai ekstremis" semasa pertelingkahan beliau dengan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Razali Abdullah. Satu kenyataan yang sangat sensitif dan menjatuhkan maruah Islam serta menunjukkan yang beliau sangat anti Islam

Namun dalam isu Jeff Ooi ini, Dewan Pemuda PAS pusat, melalui ketuanya Nasarudin Hasan hanya mahukan supaya beliau menarik balik kenyataan atau memohon maaf secara terbuka.

Pada pandangan saya...

PAS pusat seolah-olah buat tutup mata dengan kejadian-kejadian yang mengaib- kan Islam tanpa memberikan sepatah komen pun. Mungkin ini adalah kenyataan daripada geng mereka (pembangkang), lantaran itu mereka tak berani komen..

Kesihan kat Hassan Ali yang melalak kesaorangan tanpa pembelaan daripada Presiden Mereka, Mursidul Am malah pemimpim PAS di Selangor sendiri. Sebab itu kenyataan Hasan Ali dengan mudah dipatahkan oleh Khalid Ibrahim...

Hasan Ali mungkin telah melihat bagaimana rakan-rakan mereka terutamanya dari DAP begitu bermaharaja lela di Selangor yang "beraja dimata dan bersultan dihati" membahagi-bahagi harta rampasan perang setelah kekalahan BN di Selangor.

Begitu juga dengan kes Jeff Ooi, kita tidak nampak juga sebarang komen dari pemimpin PAS pusat.

Saya yakin jika kenyataan yang sama dikeluarkan oleh pemimpin UMNO atau komponannya sudah barang tentu komen yang berjela-jela dan pedas dikeluarkan oleh PAS pusat.

Lihat saja kes perpaduan dengan UMNO sehinggakan Mursidulnya memberi komen "Pergi jahanam dengan UMNO"

Itulah PAS......Kesian kat mereka...Mereka masih tak sedar yang sebenarnya mereka telah diperkudakan oleh DAP dan PKR....

Nik Aziz tertidur sebab itu dia tak nampak (seperti dalam gambar)

2 ulasan:

YANG GAMBI said...

Salam,

PAS hanya menggunakan Islam untuk mempengaruhi umat Melayu Islam, tetapi PAS bukan memperjuangkan Islam.

.@blogger.com said...

Salam tuan,
posting mengenai isu yg sgt menarik dan masih hangat masa kini. saya dah copy and paste article ini ke blog saya dan link-kan blog tuan, harap dengan cara ini lebih ramai viaitor akan mengunjungi blog tuan, begini caranya pada pendapat saya utk mempromosikan blog tuan ini. selamat maju jaya ~ bRAVEhEART