Thursday, November 25, 2010

BUBAR PKR



BUBAR PKR.....Begitulah tajuk utama Sinar harian Edisi Pahang, Rabu 24 November 2010

"Dengan pembubaran PKR saya yakin orang Melayu dan umat Islam akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti,sekali gus menjadi penebus maruah bangsa di sebuah negara merdeka seperti Malaysia"...Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mana-mana parti kecil perlu menyertai parti besar bagi mengukuhkan perjuangan serta hala tuju parti yang di anggotai orang Melayu.

"Tidak pernah ada parti besar nak masuk parti kecil, parti kecillah yang masuk parti besar yang ada sokongan dan ahli dewan"


KOMEN

Bagi kerusi Melayu/Islam sahaja UMNO mempunyai 67 kerusi. Manakala PKR hanya mempunyai 20 kerusi dan PAS ada 25 kerusi....Maka elok-elok lah di lihat dan dipertimbangkan jika kita serius untuk berfikir tentang kepentingan Melayu.
UMNO juga telah memerintah negara ini bersama rakan-rakan dalam Perikatan/Barisan nasional sejak PRU 1 hingga PRU 12 dan insyallah bagi PRU 13 nanti...

Hanya kita yang tahu akan kekuatan dan kelemahan bangsa kita.....Maka jika kita sayangkan bangsa kita ......Fikir-fikir dan renungkan lah........

0 ulasan: