Tuesday, December 21, 2010

ZALIM SANGATKAH PEMIMPIN UMNO/BN?

Belum pun berlaku pilihanraya umum ke 13 di Malaysia, suara sumbang kononnya UMNO/BN akan melakukan rampasan kuasa jika kalah dalam PRU akan datang telah pun kedengaran dan ditiupkan.

Semuanya, gara-gara untuk menambahkan api kebencian penduduk terhadap kepimpinan UMNO/BN serta menafikan keupayaan UMNO/BN memerintah Malaysia selama ini.

Persoalannya adalah adakah pemimpin UMNO/BN zalim selama ini?

Pertama:

Kerajaan PAS Kelantan pernah memerintah hanya dengan kelebihan satu kerusi sebelum PRU 12 pada tahun 2004 hingga 2008 apabila UMNO memenangi kerusi Pengkalan Pasir dalam pilihanraya kecil.Kenapa UMNO BN tidak membuat rampasan kuasa atau membeli ADUN Kelantan?

Kedua:

Pembangkang boleh dikatakan saban malam menjelajah keseluruh Negara mencaci, mencerca, memfitnah malah menghina pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Tidak ada pula pemimpin pembangkang yang di tangkap di bawah akta hasutan mahu pun ISA.

Ketiga:

Dalam pilihanraya kecil Galas, UMNO/BN seolah-olah membiarkan sahaja pembangkang membelasah mereka hampir 4 atau 5 ceramah umum setiap malam. Namun UMNO/BN tidak memohon walaupun satu permit daripada pasukan keselamatan.

Keempat:

Terlalu banyak karenah yang dilakukan oleh pihak pembangkang yang seolah-olah menguji kesabaran dan semangat pemimpin-pemimpin UMNO/BN tetapi ditangani oleh pemimpin UMNO/BN secara bijak

Kelima:

Semalam PM melakukan upacara pecah tanah pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang. Sekali gus menolak tanggapan kerajaan UMNO/BN membezakan antara negeri-negeri yang di menanginya dan hanya membangunkan negeri yang diperintah oleh UMNO/BN. Malah Kelantan sendiri mendapat peruntukkan perbelanjaan yang jauh mengatasi negeri-negeri lain.

Keenam:

Pembangkang nampaknya menafikan perkara baik yang dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN seolah-olah tiada jasa langsung yang di buat oleh Pemimpin UMNO BN.

Kesemua faktor di atas sebenarnya menunjukkan keikhlasan dan kejujuran serta TIDAK sama sekali menunjukkan kezaliman pemimpin UMNO/BN.

Bayangkan kalangan cerdik pandai, pendidik, pegawai kerajaan yang menentang kerajaan mendapat pekerjaan, kemewahan hasil daripada perjuangan pemimpin UMNO/BN. Siapakah yang zalim sebenarnya?

Begitu juga kalangan peneroka FELDA yang diubah daripada seorang petani miskin di kampung pendalaman kepada yang bertaraf sederhana di Tanah rancangan. Tidak ada yang diperintah keluar dar FELDA semata-mata kerana menentang Kerajaan UMNO/BN. Siapakah yang zalim sebenarnya?

Pemimpin UMNO/BN lah yang sebenarnya amat bersikap terbuka. Tiada negeri, suku kaum, puak yang dipinggirkan.Semuanya mendapat hak yang sama rata berdasarkan prinsip keadilan.

BERWASPADALAH DENGAN AGENDA DAP

Kuala Lumpur : 20 Dec 2010

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin berkata, umat Islam di Malaysia perlu menolak DAP kerana ia jelas serupa dengan strategi PAP ketika parti utama Singapura itu mahu mendapat kuasa.

Beliau seterusnya beliau berkata "silap mata" DAP kini cuba menerapkan unsur Islam itu adalah bermatlamat hanya mahukan sokongan penduduk Islam bagi membolehkan parti tersebut terus berkuasa...

Rupa-rupanya apa yang berlaku selama ini sudah ada jawapannya. Sebelum ini kita hairan juga kenapa lah pemimpin pembangkang terutamanya DAP beria-ia untuk membaca ayat Quran dalam ceramah, beria-ia benar untuk berada dalam ruang solat dalam masjid atau pun surau.

Mereka boleh berlakon dengan memakai songkok dan kononnya memerintah mengikut khalifah Islam.

Hakikatnya tidaklah sebegitu.Ianya indah khabar dari rupa.

Malah juga, mereka mencari boneka Melayu untuk di beri jawatan yang kononnya mereka digambarkan sebagai parti berbilang kaum.

Kini, satu demi satu tembelang pembangkang sudah mula terbongkar. Dan mungkin selepas ini ramai lagi pihak yang telah mula sedar membongkarkannya.

Pun begitu, seharusnya kita semua perlu berfikir secara waras dan terbuka dari perbagai sudut mahupun pandangan.

Janganlah hendaknya kita menjadi jumud atau berfikir dalam tempurung kita sahaja.

Fikirlkanlah juga untuk kepentingan ummah keseluruhannya.Berfikir bukan dengan emosi mahupun nafsu semata-mata.

Ayuh.....marilah kita rapatkan barisan.Bertindaklah untuk kepentingan Agama, Bangsa dan tanah air yang kita cintai ini...

Thursday, December 9, 2010

DERHAKA KEPADA BANGSA SENDIRI


Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah, orang Melayu yang mempertikaikan status agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini telah menghina dan menderhaka terhadap bangsanya sendiri.


Baginda bertitah demikian pada majlis sambutan maal hijrah 1432 peringkat Negeri Perak di Kolej Islam Darul Ridwan.


"Raja-Raja Melayu yang bersemayam di tahta pemerintahan pada hari ini bukan sekadar mewarisinya bahkan turut bertanggungjawab kepada agama dan bangsa" titah Baginda lagi.


Bukan mudah untuk sesaorang Sultan atau pun Raja Melayu mahu mencampuri urusan pentadbiran negara.Jauh sekali untuk mencampuri urusan politik.


Tetapi kini apabila soal kedaulatan bangsa dan agama dipertikaikan oleh bangsa sendiri, adalah wajar bagi Baginda Sultan memperingatkannya sebelum ianya akan menjadi lebih parah.


Lebih menyedihkan serta mengecewakan lagi apabila yang mempertikaikannya adalah bangsa Melayu yang beragama Islam sendiri.


Sebarang suara yang mempertikaikan status Islam dan keistimewaan orang Melayu di bumi ini, adalah perbuatan yang tidak berasaskan sejarah serta bercanggah dengan perlembagaan Negara.


Sememangnya mereka ini lupa kepada sejarah. Kita di jajah lebih 1,400 tahun dan kita baru merdeka hanya 53 tahun. Bukan mudah untuk kita mencapai kemerdekaan dari British walau pun tidak melalui pertumpahan darah mahupun buluh runcing.


Pun begitu, tidak kurang juga pejuang kemerdekaan yang gugur semasa penjajahan berlaku dahulu. Perjuang seperti Dato Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut dan lain-lain gugur sebagai pejuang menentang penjajahan.


Lebih malang lagi, apa bila kita merdeka hanya 53 tahun, terdapat anak bangsa yang memperlekeh dan mempertikaikan keupayaan, kedaulatan serta kekuatan bangsanya sendiri.

Apakah golongan ini yang diperkatakan oleh P.Ramlee dalam filemnya "Sargent Hassan" masih ujud?


Jika benar ianya wujud, adalah wajar Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-Raja Melayu mencampurinya kerana ia adalah sesuatu yang amat mendukacitakan umat Melayu beragama Islam.


Adalah wajar supaya pihak-pihak yang mempertikaikan hak keistimewaan Melayu yang beragama Islam supaya mengambil semangat maal hijrah yang telah mencetuskan satu perubahan penting kepada umat Islam. Peristiwa hijrah telah merakamkan berlakunya trasformasi

Wednesday, December 8, 2010

UMNO NAKHODA BARISAN NASIONAL

Politik adalah perjuangan berasaskan bilangan, kepentingan dan kedudukan.

Dalam politik yang berasaskan demokrasi, bilangan memainkan peranan yang sangat penting. Sesiapa yang mendapat bilangan undi terbanyak, beliau yang yang diistiharkan menang walaupun dengan kelebihan satu undi. Itu bagi kerusi pilanraya.

Begitu juga dengan kedudukan di dalam satu-satu Dewan Undangan Negeri. Umpamanya PAS pernah membentuk Kerajaan di Kelantan dengan kelebihan satu kerusi sahaja.

Begitu juga dengan sesebuah pakatan. Ianya perlu diterajui atau dinakhoda oleh sesabuah parti yang mempunyai lebihan kerusi, pengaruh serta kepentingan seumpama Barisan Nasional sendiri.

Lihat saja pada asas penubuhannya sebagai PERIKATAN dan kini BARISAN NASIONAL yang sejak dulu dinakhodai oleh UMNO.

UMNO sememangnya layak menakhoda BN dan tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Dari segi bilangan kerusi, UMNO sememangnya mempunyai bilangan kerusi yang banyak.Malah peratus kekalahan kerusi yang diperuntukkan kepada UMNO juga tidak tinggi berbanding dengan komponen yang lain.

Pemimpin UMNO juga mempunyai sikap toleransi yang tinggi. Contohnya, biarpun ramai pemimpin Parti Gerakan yang tewas serta tewasnya kerajan Gerakan di Pulau Pinang, Presiden Gerakan tetap dilantik sebagai Menteri Pusat.

Begitu juga dengan parti komponen yang lain. Perlantikkan jemaah Menteri tidak langsung berasaskan jumlah kerusi yang dimenangi, tetapi berasaskan semangat toleransi dan setiakawan.

Pun begitu, perlantikkan Ahli Dewan Negara juga sama. Ia juga meliputi pelbagai lapisan masyarakat termasuk kalangan Orang Asli, Karyawan dan lain-lain.

Oleh itu, sepatutnya semua komponen BN perlu menghayati semangat BN yang telah dipersetujui bersama dan tidak mengikuti persepsi masing-masing sahaja.

Selama ini tiada masyarakat yang berasa terpingir dengan konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Pengerusi BN, Dato Sri Mohd Najib Tun Abd Razak sendiri.

HAYATI FALSAFAH MAAL HIJRAH SEPENUHNYA

Umat Islam di negara ini di ajak untuk menghayati falsafah Maal Hijrah dalam erti kata yang sebenarnya. iaitu khususnya bagi mencapai perpaduan sesama Islam dan juga perpaduan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia amnya.

Tuanku Mizan bertitah, untuk mencapai perpaduan diidamkan bukannya mudah dan semua pihak harus memainkan peranan serta membuktikan keikhlasan bagi mencapai tujuan tersebut.

Peristiwa hijrah ini membawa perubahan dan transformasi positif pada sikap dan cara hidup umat Islam, selain menggambarkan perlunya pengorbanan serta usaha gigih dalam mencapai kejayaan di dunia mahupun di akhirat.

Umat Islam perlu mengambil contoh golongan muhajirin dan Ansar yang sanggup mengorbankan kepentingan diri demi Islam" Titah baginda.

"Semua pengajaran ini tinggal sejarah jika kita terus leka dan hanya berbangga dengan pencapaian umat terdahulu sedangkan kita sendiri tidak pernah berubah untuk mencapai kejayaan. Semangat perpaduan ini jelas dalam Piagam Madinah di bawah kepimpinan Rasulullah yang memberi kebebasan beragama serta hak asasi manusia dan pada masa yang sama menekankan soal perpaduan, peranan dan tanggungjawab sebagai warganegara serta hubungan dengan pihak luar" titah Baginda lagi.

Dengan mengambil kira persoalan pokok yang menimpa umat Islam di Negara kita, sebenarnya umat Islam jauh ketinggalan dalam perlbagai sudut. Antaranya adalah pendidikan dan ekonomi yang dianggap begitu penting.

Bagaimana umat Islam di Malaysia boleh mencapai kejayaan dalam kedua-dua bidang tersebut atau bagaimanakan umat Islam hendak mencapai kejayaan di dunia jika perpaduan sesama Islam pun masih terkapai-kapai?

Ramai yang beranggapan bahawa perpecahan umat Islam kini adalah disebabkan oleh perbedaan ideologi politik. Kita tidak seperti bangsa lain yang boleh bersatu demi untuk mencapai hasrat dan cita-cita bangsa dengan mengenepikan fahaman politik.

Alangkah cantiknya jika kita mengambil semangat Maal Hijrah sebagaimana golongan Muhajirin dan Ansar yang sanggup mengenepikan soal kepentingan diri demi Islam.

Mentelah lagi jika kita lihat dari sudut kelemahan umat dalam bidang pendidikan dan ekonomi yang sangat ditekankan dalam Islam. Begitu juga dengan sedikit kuasa yang dikuasai umat Islam pun ibarat telur di hujung tanduk sahaja?

Kita umat Islam tidak sepatutnya menuding jari mencari kesalahan antara satu sama lain. Pihak yang memerintah atau berkuasa tidak boleh mencapai hasrat untuk membela ummah dek kerana halangan yang sentiasa di bawa oleh pihak yang membangkang.

Pihak yang membangkang pula perlu menerima realiti yang mereka belum diberi kuasa oleh Allah SWT untuk memerintah Malaysia ini. Mereka hanya di beri ujian untuk memerintah di beberapa negeri bagi menunjukkan kaedah dan cara pemerintahannya.

Sanggupkah kita umat Islam menghayati sepenuhnya falsafah Maal Hijrah ini?

Monday, December 6, 2010

KONVENSYEN BN - MAMPUKAH SEMUA AHLI KOMPONEN MEREALISASIKANNYA


Konvensyen BN yang pertama kali diadakan sejak 2001 (telah lama tidak diadakan) berupaya melonjakkan semangat lebih 2,300 orang perwakilan yang hadir.

Dengan berpakaian ala imej koperat bewarna biru sesuai dengan lambang Barisan Nasional, Dato Sri Mohd Najib Tun Abd Razak seolah-olah meniup kembali semangat gelombang biru untuk menawan Trengganu dalam PRU ke 11, 2004 yang lalu.

Dalam ucapan dasarnya,beliau telah menyentuh perbagai perkara termasuklah pengukuhan serta perpaduan di kalangan ahli komponen bagi mempertahankan Putrajaya daripada kumpulan pembangkang yang dianggap sebagai "Pengkhianat Negara"

Pengerusi BN juga mengajak pemimpin dan ahli komponan BN mengikis gejala 4 jenis penyakit bagi mengekalkan BN memerintah Negara ini dan seterusnya pengundi terus memilih BN. Empat perkata tersebut adalah khayal, lupa diri, jumud dan angkuh.
Komen:
Teguran Dato Sri Mohd Najib memang kena pada tempat dan ketikanya.Ianya memang pahit tapi perlu diterima oleh semua pihak.
"Keempat-empat gejala penyakit ini perlu dielak, dibuang dan dikikis sebelum sayang berubah menjadi benci, harapan menjadi kemarahan dan sokongan bertukar menjadi penentangan" ujar beliau.
Pengundi menjadi hakim kepada setiap pemerintahan yang telah mereka beri mandat.Mereka juga telah membuat keputusan setelah kuasa mengundi diserahkan kepada mereka.
Lihat sajalah kepada keputusan PRU ke 12 yang lalu. Mereka jugalah yang menentukan kekalahan di Negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (sebelum berubah kepada BN) dan mengekalkan Kelantan di bawah Pembangkang.
Beberapa tokoh ternama BN yang menjadi Presiden Parti pun menerima kekalahan. Itulah kuasa pengundi.
Justeru, ingatan oleh Pengerusi BN perlu menjadi iktibar kepada semua pemimpin dan anggota komponan BN. Pakatan berpelembagaan yang dicetuskan dari awal semasa Perikatan dan diikuti oleh Barisan Nasional perlu dipupuk dan dikekalkan.
Apa pun yang menjadi sengketa, pertikaian dan rasa tidak puas hati perlu diluahkan dan disepakati melalui semangat kerjasama yang luhur dan ikhlas. Ianya juga perlu berkisar kepada semangat dan situasi menang-menang.
Selama ini, nilai penting yang menjadi penguat kepada BN adalah sifat kebijaksanaan, keikhlasan dan kemampuan untuk memimpin berbekalkan wawasan serta kepentingan yang jauh lebih besar.
Perlu difikirkan bersama juga bahawa kepentingan bagi mengujudkan sebuah negara yang aman, stabil dan maju lagi makmur ibarat pohon rendang bagi semua kaum berlindung dan berteduh dan limpahan nikmatnya akan dapat dirasai oleh semua pihak untuk membina kehidupan bahagia.




Friday, December 3, 2010

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT MALAYSIA - KIT SIANG TPM?



Anuar bercadang untuk melantik Kit Siang sebagai TPM jika Pakatan rakyat memenangi pilihanraya umum akan datang....Begitulah seperti apa yang di siarkan wawancaranya dengan Sin Chiew Daily Jumaat lalu. (UM.3 Dec)


Nik Azeez pula berkata yang beliau tidak mempunyai masalah dengan perlantikan Kit Siang ke jawatan itu jika pakatan pembangkang menguasai kerajaan selepas pilihanraya umum ke 13 (PRU-13).


Manakala Nasruddin pula berkata pakatan pembangkang tidak pernah membincangkan perlantikan Penasihat DAP, Kit Siang sebagai Timbalan perdana Menteri jika mereka memenangi pilihanraya umum akan datang.


Begitulah kelicikkan anuar ni. Hasratnya untuk menarik seberapa ramai sokongan masyarakat cina untuk menyokong mereka dalam PRU akan datang.


Namun Anuar hanyalah ketua Pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh pakatan pembangkang. Hakikatnya, parti anuar hanya mempunyai 26 kerusi barbanding DAP 29 kerusi dan PAS 23 kerusi parlimen. Selayaknya DAP lah yang mengetuai jawatan Ketua Pembangkang Malaysia.


Pakatan pembangkang hanyalah sebuah pakatan yang tidak berpelembagaan berbanding dengan Barisan Nasional yang mempunyai perlembagaan dan organisasi lengkap. Dan apakah benar PAS menyokong cadangan tersebut?


Walaupun Nik Azeez menyokong, namum terdapat juga ekoran dari kenyataan tersebut yang berbunyi "SELAGI IA TIDAK BERCANGGAN DENGAN DASAR ISLAM DAN NEGARA" Ini bermakna ianya juga bersyarat. Tidaklah diketahui dan tidak pernah dinyatakan bahawa kepimpinan Kit Siang juga seperti anaknya yang mengikut pimpinan Umar Abdul Aziz.


Pun begitu, kenyataan Nasruddin bahawa pakatan pembangkang tidak pernah berbincang fasal perlantikkan Kit Siang menampakkan percanggahan yang amat ketara. Jika benarlah kenyataan Nasruddin tersebut, bermakna anuar membuat kenyataan mengikut citarasa beliau sendiri.


Percanggahan juga berlaku mengikut kenyataan Harun Taib selaku Ketua Dewan Ulamak PAS yang tidak bersetuju dengan perlantikkan Kit Siang untuk jawatan tersebut (UM:ms8)


Komen:


Belum pun perlantikkan di buat dan hanya sekadar kenyataan, percanggahan pendapat antara pembangkang terutamanya dalaman PAS sendiri amat ketara.


Ini ada kewajarannya. PAS tidak perlu mengikut sepenuhnya apa yang dinyatakan oleh Anuar dan menerimanya secara membuta tuli. PAS sepatutnya mempunyai jati diri yang kental sebagai sebuah parti pembangkang yang paling senior. Malah PAS sepatutnya mendominasi pakatan pembangkang dan bukan hanya menjadi pengikut "yes man"


Dimanakah hilangnya taring PAS ini sehingga sanggup dipergunakan sahaja.

Lupakah bahawa PAS tidak mempunyai apa-apa di Pulau Pinang?

Wednesday, December 1, 2010

BETA SEDIH

Shah Alam : 30 Nov 2010



Beta Sedih........Begitulah tajuk Utama Berita Harian.



Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa sedih dan dukacita terhadap orang Melayu yang tidak lagi megah dan bangga sebagai Orang melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan Melayu untuk dikuburkan dan lenyap dari dunia.



Baginda juga bertitah "ada juga suara lantang dikalangan orang Melayu sendiri yang meminta perkataan "Melayu" dihapuskan daripada ungkapan "Raja-Raja Melayu. Sejarah ditulis oleh Inggeris ada menyatakan mengenai Tanah Melayu, Negeri Melayu Bersekutu dan Raja Melayu sekali gus membuktikan penulis barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini"



Komen



Mengapakah ini terjadi kepada insan yang bernama Melayu sehingga sanggup menderhaka kepada Rajanya.. Apakah mereka sudah hilang identiti atau sebenarnya mereka bukan berbangsa Melayu....Mungkin pakistan...mungkin siam...mungkin...



Atau mungkinkah mereka mahu menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah Repuklik?



Jika itu lah hal nya maka adalah tidak mustahil jika mereka diberi mandat perkara yang sama akan dilakukan.



Kalau nak marah pun kepada pihak lawan janganlah sampai agama, bangsa dan tanah air nak digadaikan.



Kita di jajah lebih 1400 tahun dan kita merdeka baru saja 53 tahun. Dalam kita baru merdeka sesingkat ini pun kita nak bergaduh sesama sendiri.Apakah kita tidak malu dengan bangsa-bangsa yang lain?

Titah Banginda lagi "Kepada Rakyat Melayu, Beta ingin menyedarkan bahawa rakyat Melayu tidak akan hilang begitu sahaja kerana negeri ini adalah tempat tumpah darah kita, dan di tanah bertuah ini juga tempat kita dikuburkan."

Maka kita semua yang bernama Melayu juga perlu insaf. Kemana lagi tempat kita nak bawa diri jika negara kita hancur? Ke Thailand kah kita?..ke SIngapura kah kita? atau ke Indonesia kah kita?

Kita tidak boleh bergantung harap kepada negara jiran tertangga kita.Mereka juga akan ke Malaysia juga jiga sempadannya terbuka luas. Mereka juga mempunyai masalah tersendiri....

Oleh itu...marilah kita mempertahankan bumi Malaysia bertuah ini. Disini tempat tumpah darah kita...disini juga lah kita dikuburkan...

PAS YANG SEPATUTNYA MENGETUAI PAKATAN RAKYAT


PAS berusia 59 tahun pada 2010. PAS ditubuhkan setelah Tuan Haji Ahmad Fuad yang kalah bertanding sebagai Yang di Pertua UMNO bersama Al Marhum Tunku Abd Rahman Putra dan seorang lagi calon bernama SM Yusof.


Dalam usia yang sebegitu sudah tentu PAS mempunyai kelebihan berbanding parti Pembangkang yang lain seperti DAP, PKR dan sebagainya yang jauh lebih muda dari PAS sendiri.
Disamping itu PAS juga pernah melahirkan pemimpin yang boleh diterima di peringkat Nasional
seperti Allahyarham Dato Asri Muda sebagai Menteri Kemajuan Wilayah semasa PAS berada bersama Barisan Nasional.
PAS juga mempunyai pemimpin yang berkarisma seperti Dato Nik Aziz yang menjadi Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990 lagi. Keterselahan ketokohan Dato Nik Aziz memang diakui dikalangan pengikutnya sebagai yang paling berkuasa sebagai Mursidul Am.
Beliau sudah 20 tahun sebagai Menteri besar Kelantan.
Sebagai parti yang paling senior berbanding parti pembangkang yang lain,PAS mempunyai struktur organisasi yang agak lengkap dengan struktur di peringkat kawasan mahu pun peringkat ranting. Dengan lain perkataan, parti PAS lebih terurus dan lebih lengkap.
PAS juga mempunyai pengikut yang sangat setia. Pemimpin PAS berjaya meyakinkan pengikutnya supaya menerima PAS seadanya, berjihad serta hanya mempercayai berita yang di bawa oleh pemimpin mereka berbanding saloran media eletronik mahupun media cetak.
Maka tidak hairanlah ceramah PAS mendapat sambutan hangat dari pengikutnya yang mahu mendapat maklumat terkini daripada mulut pemimpin mereka.
PAS juga berjaya melahirkan pengikut yang taksub. ini boleh dilihat daripada kehadiran penyokong mereka dalam pilihanraya kecil yang diadakan.Mereka sanggup berhujan berpanas, bertugas tanpa bayaran serta tidur di masjid dan surau.
Sebab itulah juga , sangat sedikit kekecohan dalaman parti PAS yang diketahui umum tetapi berjaya dibendung berbanding DAP dan PKR
PAS juga berjaya membentuk kerajaan di dua negeri berbanding PKR dan DAP yang masing-masing hanya menguasai satu negeri sahaja. Negeri Kelantan amat sinonim dengan PAS.
BERDASAR KEPADA MAKLUMAT DI ATAS, ADALAH WAJAR PAS SENDIRI YANG SEPATUTNYA MENERAJUI PAKATAN RAKYAT.
PAS perlu yakin kepada kebolehan diri sendiri dan PAS sebenarnya boleh berdiri atas kaki sendiri.
Marilah direnung dan bermuhasabah sejenak. Perkongsian PAS dalam Pakatan Rakyat sebenarnya menguntungkan siapa? atau..siapakah yang lebih mendapat menafaat daripada Pakatan ini?..Siapa yang sebenarnya menumpang siapa?
Yang untung hanyalah PKR dan DAP. Merekalah yang mendapat menfaatnya....
Oleh itu berfikirlah wahai ahli-ahli dan Penyokong PAS sebelum lebih jauh PAS dipergunakan oleh mereka yang berkepenting diri dan bangsa mereka sahaja...