Wednesday, December 8, 2010

HAYATI FALSAFAH MAAL HIJRAH SEPENUHNYA

Umat Islam di negara ini di ajak untuk menghayati falsafah Maal Hijrah dalam erti kata yang sebenarnya. iaitu khususnya bagi mencapai perpaduan sesama Islam dan juga perpaduan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia amnya.

Tuanku Mizan bertitah, untuk mencapai perpaduan diidamkan bukannya mudah dan semua pihak harus memainkan peranan serta membuktikan keikhlasan bagi mencapai tujuan tersebut.

Peristiwa hijrah ini membawa perubahan dan transformasi positif pada sikap dan cara hidup umat Islam, selain menggambarkan perlunya pengorbanan serta usaha gigih dalam mencapai kejayaan di dunia mahupun di akhirat.

Umat Islam perlu mengambil contoh golongan muhajirin dan Ansar yang sanggup mengorbankan kepentingan diri demi Islam" Titah baginda.

"Semua pengajaran ini tinggal sejarah jika kita terus leka dan hanya berbangga dengan pencapaian umat terdahulu sedangkan kita sendiri tidak pernah berubah untuk mencapai kejayaan. Semangat perpaduan ini jelas dalam Piagam Madinah di bawah kepimpinan Rasulullah yang memberi kebebasan beragama serta hak asasi manusia dan pada masa yang sama menekankan soal perpaduan, peranan dan tanggungjawab sebagai warganegara serta hubungan dengan pihak luar" titah Baginda lagi.

Dengan mengambil kira persoalan pokok yang menimpa umat Islam di Negara kita, sebenarnya umat Islam jauh ketinggalan dalam perlbagai sudut. Antaranya adalah pendidikan dan ekonomi yang dianggap begitu penting.

Bagaimana umat Islam di Malaysia boleh mencapai kejayaan dalam kedua-dua bidang tersebut atau bagaimanakan umat Islam hendak mencapai kejayaan di dunia jika perpaduan sesama Islam pun masih terkapai-kapai?

Ramai yang beranggapan bahawa perpecahan umat Islam kini adalah disebabkan oleh perbedaan ideologi politik. Kita tidak seperti bangsa lain yang boleh bersatu demi untuk mencapai hasrat dan cita-cita bangsa dengan mengenepikan fahaman politik.

Alangkah cantiknya jika kita mengambil semangat Maal Hijrah sebagaimana golongan Muhajirin dan Ansar yang sanggup mengenepikan soal kepentingan diri demi Islam.

Mentelah lagi jika kita lihat dari sudut kelemahan umat dalam bidang pendidikan dan ekonomi yang sangat ditekankan dalam Islam. Begitu juga dengan sedikit kuasa yang dikuasai umat Islam pun ibarat telur di hujung tanduk sahaja?

Kita umat Islam tidak sepatutnya menuding jari mencari kesalahan antara satu sama lain. Pihak yang memerintah atau berkuasa tidak boleh mencapai hasrat untuk membela ummah dek kerana halangan yang sentiasa di bawa oleh pihak yang membangkang.

Pihak yang membangkang pula perlu menerima realiti yang mereka belum diberi kuasa oleh Allah SWT untuk memerintah Malaysia ini. Mereka hanya di beri ujian untuk memerintah di beberapa negeri bagi menunjukkan kaedah dan cara pemerintahannya.

Sanggupkah kita umat Islam menghayati sepenuhnya falsafah Maal Hijrah ini?

0 ulasan: