Monday, December 6, 2010

KONVENSYEN BN - MAMPUKAH SEMUA AHLI KOMPONEN MEREALISASIKANNYA


Konvensyen BN yang pertama kali diadakan sejak 2001 (telah lama tidak diadakan) berupaya melonjakkan semangat lebih 2,300 orang perwakilan yang hadir.

Dengan berpakaian ala imej koperat bewarna biru sesuai dengan lambang Barisan Nasional, Dato Sri Mohd Najib Tun Abd Razak seolah-olah meniup kembali semangat gelombang biru untuk menawan Trengganu dalam PRU ke 11, 2004 yang lalu.

Dalam ucapan dasarnya,beliau telah menyentuh perbagai perkara termasuklah pengukuhan serta perpaduan di kalangan ahli komponen bagi mempertahankan Putrajaya daripada kumpulan pembangkang yang dianggap sebagai "Pengkhianat Negara"

Pengerusi BN juga mengajak pemimpin dan ahli komponan BN mengikis gejala 4 jenis penyakit bagi mengekalkan BN memerintah Negara ini dan seterusnya pengundi terus memilih BN. Empat perkata tersebut adalah khayal, lupa diri, jumud dan angkuh.
Komen:
Teguran Dato Sri Mohd Najib memang kena pada tempat dan ketikanya.Ianya memang pahit tapi perlu diterima oleh semua pihak.
"Keempat-empat gejala penyakit ini perlu dielak, dibuang dan dikikis sebelum sayang berubah menjadi benci, harapan menjadi kemarahan dan sokongan bertukar menjadi penentangan" ujar beliau.
Pengundi menjadi hakim kepada setiap pemerintahan yang telah mereka beri mandat.Mereka juga telah membuat keputusan setelah kuasa mengundi diserahkan kepada mereka.
Lihat sajalah kepada keputusan PRU ke 12 yang lalu. Mereka jugalah yang menentukan kekalahan di Negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (sebelum berubah kepada BN) dan mengekalkan Kelantan di bawah Pembangkang.
Beberapa tokoh ternama BN yang menjadi Presiden Parti pun menerima kekalahan. Itulah kuasa pengundi.
Justeru, ingatan oleh Pengerusi BN perlu menjadi iktibar kepada semua pemimpin dan anggota komponan BN. Pakatan berpelembagaan yang dicetuskan dari awal semasa Perikatan dan diikuti oleh Barisan Nasional perlu dipupuk dan dikekalkan.
Apa pun yang menjadi sengketa, pertikaian dan rasa tidak puas hati perlu diluahkan dan disepakati melalui semangat kerjasama yang luhur dan ikhlas. Ianya juga perlu berkisar kepada semangat dan situasi menang-menang.
Selama ini, nilai penting yang menjadi penguat kepada BN adalah sifat kebijaksanaan, keikhlasan dan kemampuan untuk memimpin berbekalkan wawasan serta kepentingan yang jauh lebih besar.
Perlu difikirkan bersama juga bahawa kepentingan bagi mengujudkan sebuah negara yang aman, stabil dan maju lagi makmur ibarat pohon rendang bagi semua kaum berlindung dan berteduh dan limpahan nikmatnya akan dapat dirasai oleh semua pihak untuk membina kehidupan bahagia.




0 ulasan: