Tuesday, December 27, 2011
Datuk Dr.Hassan Ali Menolak Negara Kebajikan
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menolak konsep negara berkebajikan yang diperkenalkan oleh Pas, sebaliknya beliau mahu parti itu kembali kepada perjuangan asal iaitu menubuhkan sebuah negara Islam.
Tegas beliau, pendiriannya itu jelas kerana matlamat asal penubuhan Pas adalah untuk mendirikan sebuah negara Islam dengan cara memartabatkan agama itu, umatnya serta memperkukuhkan peranan ulama supaya mereka mampu menggarap Islam di dalam pemerintahan.
Sehubungan itu, beliau berkata, sebagai sebuah parti Islam, Pas tidak harus mempunyai cita-cita untuk menubuhkan negara berkebajikan kerana pelaksanaan konsep negara seperti itu mampu dilakukan oleh golongan sekular seperti mana berlaku di negara-negara maju antaranya Sweden, Norway, United Kingdom (UK) dan Australia.
‘‘Prinsip perjuangan saya meletakkan semula Pas ke landasan asal dan ia sejajar dengan kehendak Perlembagaan parti. Daripada pengamatan saya, Pas yang kini majoritinya dikuasai oleh golongan bukan ulama lebih cenderung mengamalkan ‘politik memenuhi kehendak rakan’ hingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan yang telah dipertahankan sejak penubuhannya.
‘‘Cuba kita lihat pada awal penubuhan Pas bagaimana pemimpin Pas terdahulu seperti Dr. Burhanuddin Helmi dan Ustaz Zulkifli Mohamad berjuang untuk mendirikan negara Islam dengan cara memartabatkan Islam, Melayu dan menobatkan institusi raja-raja,’’ katanya.
Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor bercakap pada sidang akhbar di kediamannya di Pinggir Taman Tun Dr. Ismail dekat sini, hari iniDalam perkembangan berkaitan, Hasan mengakui antara batu penghalang kepada Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam adalah datangnya daripada kepimpinan tertinggi DAP.Beliau berkata, kenyataan Pengerusinya, Karpal Singh iaitu jika Pas mahu meneruskan cita-citanya menubuhkan sebuah negara Islam perlu langkah mayatnya terlebih dahulu jelas membuktikan betapa besarnya halangan tersebut.
Ujarnya, kenyataan Karpal itu cukup menggambarkan bagaimana pintu untuk meneruskan hasrat tersebut tertutup dan terkunci selama-lamanya.‘‘Saya kira pihak pimpinan Pas perlu membincangkan perkara ini. Dalam organisasi Pas, kita ada jawatankuasa di peringkat cawangan, kawasan, negeri dan Pusat.
‘‘Masing-masing mempunyai tanggungjawab dan salah satu tanggungjawab dalam konteks sekarang adalah bersama-sama meletakkan Islam sebagai agenda perjuangan utama dan pertama.,’’ katanya lagi.Menjawab satu soalan, Hasan berkata, secara kronologi perubahan ke arah mewujudkan Negara Berkebajikan berlaku sejak Pas menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.
‘‘Jika kita membuat kajian betul-betul, saya fikir memang ada faktor (kerjasama) itu yang menyumbang ke arah (berlakunya perubahan). Ya, saya rasa ada, tetapi ia perlu ada satu kajian lanjut,’’ katanya.Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya kepada
Kemelut Hassan Ali Vs Mustafa
satu lawan empat.
hebat hasan ali sampai pas terpaksa gunakan 4 orang untuk lanyak hasan ali sorang.
tapi dalam menyelongkari dialog-dialog gaduh dorang ni, aku tergelak bila baca kenyataan mustafa ali.
mustafa ali kata dia ada bukti hasan ali berjumpa dengan pimpinan umno pada bulan puasa yang lepas.
berjumpa tu digemburkan sebagai satu dosa tahap dewa yang tak boleh diampunkan.
MUSTAPHA ALI = SETOPA ALI
gila setopa ni.
jumpa pun boleh jadi isu.
jumpa ?
tafsiran jumpa adalah bertemu.
kalau dalam kamus setopa ali berjumpa pun salah, bagaimana pulak dengan fakta sejarah kat bawah ni wahai setopa ali ?
tahun 2004, pas kelantan tinggal 2 kerusi.
meninggal sorang adun pas, tinggal satu kerusi.
pas kelantan dan oposisinya berjumpa untuk settlekan kes petisyen pilihanraya yang dilakukan oleh dua-dua pihak di kebanyakan negeri.
kerajaan pas kelantan diselamatkan oleh deal ini manakala petisyen pilihanraya di luar kelantan terutamanya di selangor/penang dll pas buat tak kisah.
asalkan pas di kelantan memerintah.
tu pasallah antara punca kenapa ustaz ismail kamus makin slow dengan pas pasal pas lebih pentingkan kelantan dan bukannya calon mereka di negeri lain. LIHAT FAKTA DI BAWAH.
Di SELANGOR, Abdul Ghani Samsudin dan Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli memfailkan petisyen bagi kawasan Parlimen masing-masing iaitu Tanjung Karang dan Gombak.Sementara DUN yang terlibat pula ialah Bangi (Dr. Shafie Abu Bakar), Sungai Burong (Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali) dan Gombak Setia (Datuk Ismail Kamus).Di SABAH, seorang calon bebas bagi kerusi DUN Lahad Datu memfailkan petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya umum ke-11 di kawasan tersebut.Johani Abdul Halim memfailkan petisyen itu di Mahkamah Tinggi Tawau pada kira-kira pukul 10 pagi ini melalui peguamnya, Tetuan Ansari & Co. dan menamakan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datu Nasrun Datu Mansur yang memenangi kerusi tersebut sebagai responden.BN sebelum ini telah mengemukakan tujuh petisyen di Kelantan, Terengganu dan Johor membabitkan satu Parlimen dan enam DUN sementara Pas sebanyak 13 petisyen iaitu enam Parlimen dan tujuh DUN di negeri-negeri yang sama.BN memfailkan petisyen bagi Parlimen Pasir Puteh sementara DUN membabitkan Kota Lama, Kemuning, Kadok, Cempaka (Kelantan) Senggarang (Johor) dan Rhu Rendang (Terengganu).Pas Kelantan memfailkan petisyen untuk Parlimen Jeli, dan Bachok serta kerusi DUN bagi Air Lanas, Jelawat dan Mengkebang sementara Pas Terengganu bagi Parlimen Besut, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun manakala DUN membabitkan Jertih, Ladang, Cukai dan Sura.
ok sekarang wahai setopa ali, aku nak bagitau ko.
setakat hasan ali berjumpa dengan pimpinan umno tu perkara biasa.
taklah teruk sangat jika dibandingkan dengan adegan tikam belakang pas kelantan terhadap calon pas luar kelantan pada pru 2004 ?
siapa yang lebih khianat sebenarnya wahai setopa ali ?
hasan ali atau aksi tikam belakang pas kelantan terhadap calon pas di negeri lain pada pru 2004 ?
Menjaga keamanan Negara
Saturday, December 24, 2011
Antara Hasan Ali dan Shaifudin Abdullah.
Sudah ramai blogger menulis tentang fenomena Hasan Ali. Hasan Ali sudah menjadi dilema kepada PAS. Tokoh seperti Hasan Ali begitu mudah mendapat sokongan grass root. Mungkin beberapa elitis PAS yang sekarang ini sedang ghairah berevolusi untuk menjadi liberal dalam PAs tidak menyenanginya. Namun beberapa puak dalam PAS yang merasakan PAS sudah tersasar jauh dari perjuangan asal mereka sangat bersetuju dengan Hasan Ali. Saya yakin puak ini datangnya dari grassroot.
Sementara itu pula, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pula menghadapi situasi yang hampir sama dalam UMNO. Hasan Ali dimusuhi oleh partinya kerana mengajak PAS kembali ke pangkal jalan. Saifudin pula bermasalah dengan partinya kerana menganjurkan 'politik baru', yang mana mungkin kurang difahami oleh grassroot UMNO.
Banyak perkara boleh saya komen tentang kedua-dua tokoh itu. Namun di sini saya ingin komen bagaimana UMNO dan PAS menangani kedua tokoh yang wayward dari aspirasi parti secara keseluruhannya.
Nik Aziz menegur Hasan Ali kerana memberi ruang untuk media musuh, iaitu TV3 menemuramahnya. Saya pelik kerana antara tuntutan BERSIH 2.0 adalah hak mendapat coverage dari media perdana. TV3 sudah memulakan dengan memberi peluang kepda Hasan Ali. Mursyidul Am mengeluarkan komen supaya lain kali Hasan Ali perlu 'snub enemy media'. Apa sudah jadi?
Sementara itu, Saifudin pula selalu menulis artikelnya dalam Malaysiam Insider. Malah dalam twitternya beliau pernah merungut Utusan Malaysia tidak menyiarkan artikelnya. Tapi tidak ada seorang pun pemimpin UMNO menegur Saifudin supaya 'snub enemy media'. Mungkin ada beberapa budak-budak blogger yang nakal membuat provokasi tetapi bukan datangnya dari PM atau TPM.
PAS sudah mengeluarkan 'gag order'nya dalam menangani masalah Hasan Ali. Namun PAS tidak berupaya membuat Hasan Ali menutup mulutnya. Sementara UMNO tidak mengeluarkan sebarang 'gag order' minta Saifudin tidak bercakap walaupun kadang-kadang Saifudin tidak mengikuti aspirasi partinya.
Saifudin juga selalu ditemuramah oleh Malaysiakini. Pemimpin UMNO tidak ada masalah dengannya.
Inilah kisah dua tokoh politik yang menjadi 'binatang jalang dari kumpulannya yang terbuang'; meminjam ungkapan Chairil Anwar dalam sajak 'Aku'.
Politik Malaysia semakin menjadi lucu. Mari kita hiburkan hari kita dengan lagu Louis Armstrong dalam lagu yang diparodykan ini, untuk mengatasi kelucuan politik Malaysia.
PAS VS SEMANGAT 46
ADAM ADLI PATUT KENA TINDAKAN

2. Tindakan ini akan dapat dijadikan contoh dan teladan kepada mahasiswa lainnya kelak yang sepatutnya lebih fokus kepada pelajaran dan bukannya berpolitik. Kerana apa kita tidak melihat adanya mahasiswa kaum lain terlibat dalam demonstrasi sebegini?
3. Jika Adam dibiarkan bebas, kemungkinan besar dia aka terjerumus lebih jauh lagi dan kemungkinan juga akan terlibat dalam mengetuai mahasiswa dalam gerakan membebaskan Anu arr dalam projek 901 mereka nanti.
MAHASISWA YANG BANGANG
1. Banyak pihak yang masih rasional fikirannya menempelak perbuatan menurunkan bendera UMNO di PWTC baru-baru ini oleh sekumpulan yang kononnya mewakili mahasiswa. Memang ini perbuatan biadap oleh mahasiswa yang bangang dan tidak bermoral. Atas nama demokrasi mereka ingin meruntuhkan sistem demokrasi yang telah kita bina dan warisi sejak merdeka dulu. Mereka tidak lebih dari sekumpulan anak-anak samseng jalanan yang jika dibiarkan akan menjadi samseng dan pengkhianat negara.
2. Namun masih ada pihak yang menyokong perbuatannya dan memberi amaran kepada IPT berkenaan sekiranya tindakan diambil keatas Adam, mahasiswa akan mencetus satu revolusi. Inikah cara demokrasi bagi mereka? Memaksa dan mengugut bukan menuntut! Demokrasikan ini? Rupanya makna demokrasi berbeza-beza....andai kita meminta mereka mematuhi peraturan yang kita tetapkan. maka itu mereka namakan tidak demokrasi tetapi jikalau mereka yang memaksa kita maka itu dikatakan demokrasi pula? Tak banyak bezanya demokrasi mahasiswa ini dengan demokrasi ala Pembangkang @ PKR, Pas dan DAP.
3. Adam ditemani oleh Cikgu Bard ke Balai Polis untuk membuat laporan polis. Jika ditanya hubungan antara Adam dengan PKR maka jawab mereka ini tidak ada kena mengena dengan politik. Namun mereka berbohong, bahawa Adam sudah sejak lama ada hubungan dengan politik PKR, mungkin juga ada hubungan 'intim' dengan 'Punahsihat' PKR. Foto diatas menerangkan segalanya betapa hubungan Adam sudah diasuh sejak lama dulu. Tentu akan hangat jika Adam dikenakan tindakan.
4. Anu arr sedari bahawa dia akan didapati bersalah dan akan dihantar ke Sungai Buluh tidak lama lagi. Tetapi politik Anu arr adalah politik 'amok' dan politik 'orang mati', iaitu jika dia tidak dapat apa yang dikehendakinya maka dia tidak akan biarkan orang lain mendapat apa yang kita ingin dapatkan itu. Kerana itu sebelum beliau dijatuhkan hukum bersalah, biarlah dia melihat negara jadi huru-hara.
5. 9hb akan nanti khabarnya AMK sedang mengaturkan demonstrasi 'bebaskan Anu arr'. Bebaskan Anu arr? Sedangkan Anu arr masih dibicarakan dan belum lagi dihukum, justeru bagaimana mereka tahu Anu arr akan dihukum dan bersalah? Maknanya Anu arr sendiri tahu bahawa dia bersalah dan akan dihukum tidak lama lagi, lalu kerana tidak mahu dihukum maka satu usaha dilakukan untuk membebaskannya.
Thursday, January 6, 2011
TREND BARU UNTUK MENJATUHKAN PEMIMPIN UMNO/BN?
