Tuesday, December 27, 2011

Menjaga keamanan Negara

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Seramai 40,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) disediakan di seluruh negara bagi mengurangkan peratusan kegiatan jenayah bermula 1 Januari tahun depan.Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, anggota berkenaan telahpun diberikan latihan untuk memulakan tugas bagi memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terjaga melalui rondaan."Sebagai permulaan, hari ini adalah hari pertama mereka membuat rondaan bagi kawasan Brickfields dan Damansara."Lebih 5,000 daripada anggota-anggota ini pula akan menjalankan rondaan bersama di seluruh kawasan Lembah Klang bermula tahun depan dalam kadar sekerap yang mungkin," katanya pada sidang media sempena majlis pelancaran Rondaan Bersama PDRM, JPAM dan Rela di sini, hari ini.Beliau berkata, penggunaan alat elektronik juga merupakan salah satu cara mempertingkatkan lagi pengurangan kadar jenayah di negara ini."Melalui bajet (Belanjawan 2012) yang dikeluarkan Perdana Menteri, memang ada peruntukan untuk kamera CCTV. CCTV sedia ada akan dipasang semula secara berperingkat di setiap negeri mengikut kawasan-kawasan yang kami pilih terutama kawasan hotspot," katanya.Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula berkata, peratusan kebimbangan persepsi masyarakat terhadap jenayah sehingga Oktober lepas menunjukkan prestasi yang baik."Dua tahun lepas perasaan takut yang wujud di kalangan penduduk menunjukkan lebih kurang 58 peratus tapi tahun ini perasaan itu turun 48 peratus. Ini adalah sumber yang dikeluarkan dari TNS (syarikat yang dilantik oleh PDRM untuk mengkaji peratusan NKRA)," katanya.Beliau berkata, JPAM dan Rela telah diberikan kuasa pasukan Simpanan Sukarelawan Polis (PVR) yang sama seperti polis biasa untuk membuat tindakan dalam keadaan yang tertentu."Anggota Rela dan JPAM adalah aset PDRM untuk bekerjasama, mereka telah dilatih untuk mengawal lalu lintas dan membantu mencegah jenayah."Dalam kuasa ini saya telah diberi kuasa di bawah Akta Polis iaitu memberikan anggota Rela dan JPAM sebagai kuasa PVR kerana Akta Polis telah menyatakan saya sebagai Ketua Polis Negara boleh memberi kuasa ini untuk mereka," katanya.Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis masih menyiasat mengenai kes seorang perompak ditembak mati oleh pengawal keselamatan dalam rompakan di sebuah bank di Pandan Indah, Ampang semalam, untuk menentukan sama ada suspek adalah seorang anggota tentera kerana dia menggunakan senjata api jenis Steyr (sama jenis dengan yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia) dalam rompakan itu."Setakat ini kami tengah siasat latar belakang suspek tersebut sama ada dia mempunyai asas daripada sudut penggunaan senjata api yang dimilikinya dan melaluinya baru kami boleh menyiasat dari mana datangnya senjata tersebut," katanya.Semalam, seorang perompak yang mengambil masa 10 minit melakukan rompakan di sebuah bank ditembak di bahagian belakang kepala dari jarak 50 meter oleh seorang pengawal keselamatan dengan pump gun semasa suspek hendak melarikan diri. - BERNAMA

1 ulasan:

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI