Saya terharu dengan ucapan Ust Azhar Idruss...C.I.N.T.A.. BN GILA...Terfikirlah saya kenapa BN gila.kenapa orang berfikiran begitu ,setelah seharian berfikir akhirnya dapat lah membuat kesimpulan oooh begitu.
1.Gila BN bila memikirkan hukum hakam yang dibuat oleh pemimpin PAS terhadap orang Islam UMNO.
2.Gila memikirkan bagaimana rakusnya melihat pemimpin Pas yg kononnya Ulama bersekedudukan dengan Isteri orang dalam bilik hotel pukul 3 pagi.
3.Gila memikirkan bagai mana suatu masa dahulu PAS beria-ria nak jual PUTRAJAYA kini berebut nak keputrajaya..
4.Gila bila ornag Islam yg di DOAkan agar hancur,tetapi mendoakan kebaikan kepada orang KAFIR HARBI yang menentang Islam (DAP)
5.Gila bila melihat telatah Nik Aziz yang sakit terlantar diziarahi oleh PM malah mendoakan orang yg berbuat kebajikan kepada semua...GILAAA.
Siapa yang gila sebenarnya.
Monday, December 10, 2012
Bila kita mendengar
KUASA JAHAT BAAT
KUASA JAHAT BARAT
SEJAK JATUHNYA EMPAYAR ISLAM DUNIA DIKUASAI OLEH DUNIA BARAT. MEREKA BUKAN HANYA MEMPENGARUHI SECARA FIZIKAL TETAPI JUGA PEMIKIRAN RAKYAT DUNIA BAHAWA KONSEP DAN FALSAFAH KEADILAN MEREKA ADALAH YANG TERBAIK HINGGAKAN TIADA SIAPA MEMPERSOALKANNYA. BARAT JUGA MENGUASAI ILMU KETENTERAAN YANG HEBAT DIMANA HANYA MEREKA SAHAJA YANG BOLEH MENGGUNAKAN NUKLEAR TIDAK KEPADA NEGARA-NEGARA LAIN SEHINGGAKAN MEREKA BOLEH MENINDAS SESIAPA SAHAJA YANG MENCABAR PRINSIP KEADILAN VERSI MEREKA ITU. BARAT PETAH BERCAKAP SOAL UNDANG-UNDANG, HAK ASASI MANUSIA DAN DEMOKRASI HINGGAKAN TANPA DISEDARI BARAT BOLEH BERI TEKANAN PADA MANA-MANA NEGARA YANG DISUKAINYA.
DEMOKRASI YANG DILAKUKAN OLEH SERBIA DI BOSNIA DIBOLEHKAN OLEH KUASA BESAR BARAT MESKIPUN MENINDAS ORANG ISLAM BOSNIA. DEMOKRASI OLEH ISRAEL DIBENARKAN OLEH BARAT MESKIPUN NIATNYA UNTUK HANCURKAN RAKYAT ISLAM PALESTIN. TETAPI JIKA ADA KEPENTINGAN MAKA UNDANG-UNDANG KONONNYA KEADILAN DIGUNAPAKAI CONTOHNYA NEGARA KUWAIT DILINDUNGI DARIPADA KEKEJAMAN IRAQ, HAKIKATNYA KUWAIT DILINDUNGI KERANA SUMBER PETROLEUMNYA TETAPI PALESTIN TIADA KEPENTINGAN MAKA DIBIARKAN SAHAJA KEKEJAMAN ISRAEL BERLANSUNGAN DISANA.
STRATEGI BARAT MENGUASAI SESEBUAH NEGARA ADALAH SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG. SECARA LANGSUNG, MEREKA AKAN TERUS MENCEROBOH SESEBUAH NEGARA YANG KONONNYA UNTUK MENENTANG KEZALIMAN RAKYAT DI NEGARA TERSEBUT. SECARA TIDAK LANGSUNG ADALAH DENGAN MENGAWAL DARI JAUH DENGAN MELETAKKAN SESEORANG YANG BERTINDAK SEBAGAI PEMIMPIN DAN MELEBARKAN FAHAMAN-FAHAMAN JAHAT BARAT CONTOHNYA LIBERALISME DAN PLURALISME.
TAHAP KEBIMBANGAN AKAN FENOMENA POLITIK NEGARA SEMAKIN MENGGUSARKAN RAKYAT. GERAKAN-GERAKAN UNTUK MENJATUHKAN SEMANGAT TOLERANSI BERLAINAN BANGSA DAN AGAMA TELAH DILAKUKAN OLEH PIHAK-PIHAK YANG KEMARUKKAN KUASA POLITIK. MENGGUNAKAN AGAMA ISLAM YANG SUCI SEBAGAI ALATAN UNTUK KUASA POLITIK JUGA AMAT MEMBIMBANGKAN. SELAMA INI KESUCIAN ISLAM DIJAGA DAN DILETAKKAN DITEMPAT YANG TERTINGGI TELAH MULAI DISENTUH OLEH TANGAN-TANGAN KOTOR SECARA SENGAJA TIMBULKAN RASA MARAH DIKALANGAN UMAT ISLAM.
pembangkan oh pembangkang
Begitulah adanya pembangkang bila mentadbir negeri
“Mana janji pendidikan tadika percuma? Mana janji mencarum Takaful untuk warga emas dan si kurang upaya? Mana elaun ibu tunggal, sampai dah kena saman? Mana elaun khas surirumah?
Mana janji bekalan air percuma setiap bulan tanpa syarat?
“ Itu Selangor, belum lagi kita perhalusi apa yang jadi di Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang”, ujarnya.Di Kelantan pula kata beliau harapan Program Ladang Rakyat, bagi membantu golongan miskin dengan pemberian dividen dan gaji untuk peserta, punah berkecai tak kesampaian.
Katanya lagi ia bukan sahaja gagal, malah amalkan kronisme pula.
“Bertempik terlolong mereka jaja kononnya kita amalkan kronisme, namun bagaikan musang berbulu ayam, dalam diambakiprojek dipajak kepada syarikat kroni pilihan Kerajaan Pas sendiri, tanpa penilaian terperinci.
“Mereka bising projek Lynas dan Pengerang kerana kesannya kepada alam sekitar. Ini lah apabila gajah depan mata tak nampak, kuman seberang lautan mereka nampak. Kawasan tadahan air di Bukit Pos Pasik, tercemar akibat pembalakan melampau dan pembukaan ladang rakyat.
“Orang asli juga terpaksa berdepan dengan penyakit apabila air tadahan kotor berlumpur. Ini belum lagi kita cakap tentang bekalan air kotor yang terus menyeksa rakyat Kelantan”, katanya.
Manakala di Pulau Pinang jelas beliau sandiwara pembangkang yang kononnya menjaga rakyat, terkulai rebah dalam kes tanah Taman Manggis, tanah yang sepatutnya dibina rumah kos rendah sebaliknya dijual kepada syarikat swasta.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pemuda BN Pulau Pinang kerana telah mendedahkan penipuan Ketua Menteri dengan menyahut cabaran menyediakan wang untuk beli tanah tersebut. Tapi sehingga hari Lim Guan Eng diam membisu tak berani sahut cabaran, takut pecah tembelang”, ujarnya.
Rintitan Perjuangan Politik Negara.
Rintitan Perjuangan Politik Negara.
Inggeris sangat setuju dengan penubuhan PAS pada tahun 1951, kerana Inggeris merasakan inilah dua perti Melayu akan bemusuhan sesama sendiri di dalam negara untuk mencari pengaruh masing-masing.
Semasa pertandingan merebut Yang Dipertua Umno pada 1951 itu ianya ada agendi Inggeris supaya melagakan Tuan Guru Haji Ahmad Fuad, Pengerusi Biro Agama Dalam UMNO.
Inggeris memainkan dakyah UMNO merupakan parti Melayu semuanya orang Islam, sudah sepatutnya pemimpin UMNO terdiri dari kalangan orang yang berpendidikan Agama, asutan ini berjaya sahingga Tuan Guru Haji Ahmad Fuad menentang Tengku Abdul Rahman merebut Yang Dipertua UMNO pada Mesyuarat UMNO pada tahun 1951, yang mana Tuan Guru Haji Ahmad Fuad kalah.
Selapas negara merdeka pada tahun 1957 Perikatan terus memainkan peranan mengukuhkan Perpaduan dan beruseha untuk membangunkan negara untuk kepentingan rakyat seluruhnya. Tetapi PAS sebaliknya menghasut rakyat Melayu khasnya supaya jangan menyokong Kerjaan Perikatan ketika itu, Pas memberi fatwa bahawa HARAM ORANG ISLAM MEMILIH ORANG BUKAN ISLAM SEBAGAI TEMAN ATAU PEMIMPIN KAPADA ORANG ISLAM ( surah Al Alimron ayat 28 ) Mereka tidak menghabiskan ayat tersebut mereka baca sekerat sahaja, ( SIAPA ZALIM ?? ). sahingga masyarakat melayu berpecah belah.
Tuesday, December 27, 2011
Datuk Dr.Hassan Ali Menolak Negara Kebajikan
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menolak konsep negara berkebajikan yang diperkenalkan oleh Pas, sebaliknya beliau mahu parti itu kembali kepada perjuangan asal iaitu menubuhkan sebuah negara Islam.
Tegas beliau, pendiriannya itu jelas kerana matlamat asal penubuhan Pas adalah untuk mendirikan sebuah negara Islam dengan cara memartabatkan agama itu, umatnya serta memperkukuhkan peranan ulama supaya mereka mampu menggarap Islam di dalam pemerintahan.
Sehubungan itu, beliau berkata, sebagai sebuah parti Islam, Pas tidak harus mempunyai cita-cita untuk menubuhkan negara berkebajikan kerana pelaksanaan konsep negara seperti itu mampu dilakukan oleh golongan sekular seperti mana berlaku di negara-negara maju antaranya Sweden, Norway, United Kingdom (UK) dan Australia.
‘‘Prinsip perjuangan saya meletakkan semula Pas ke landasan asal dan ia sejajar dengan kehendak Perlembagaan parti. Daripada pengamatan saya, Pas yang kini majoritinya dikuasai oleh golongan bukan ulama lebih cenderung mengamalkan ‘politik memenuhi kehendak rakan’ hingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan yang telah dipertahankan sejak penubuhannya.
‘‘Cuba kita lihat pada awal penubuhan Pas bagaimana pemimpin Pas terdahulu seperti Dr. Burhanuddin Helmi dan Ustaz Zulkifli Mohamad berjuang untuk mendirikan negara Islam dengan cara memartabatkan Islam, Melayu dan menobatkan institusi raja-raja,’’ katanya.
Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor bercakap pada sidang akhbar di kediamannya di Pinggir Taman Tun Dr. Ismail dekat sini, hari iniDalam perkembangan berkaitan, Hasan mengakui antara batu penghalang kepada Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam adalah datangnya daripada kepimpinan tertinggi DAP.Beliau berkata, kenyataan Pengerusinya, Karpal Singh iaitu jika Pas mahu meneruskan cita-citanya menubuhkan sebuah negara Islam perlu langkah mayatnya terlebih dahulu jelas membuktikan betapa besarnya halangan tersebut.
Ujarnya, kenyataan Karpal itu cukup menggambarkan bagaimana pintu untuk meneruskan hasrat tersebut tertutup dan terkunci selama-lamanya.‘‘Saya kira pihak pimpinan Pas perlu membincangkan perkara ini. Dalam organisasi Pas, kita ada jawatankuasa di peringkat cawangan, kawasan, negeri dan Pusat.
‘‘Masing-masing mempunyai tanggungjawab dan salah satu tanggungjawab dalam konteks sekarang adalah bersama-sama meletakkan Islam sebagai agenda perjuangan utama dan pertama.,’’ katanya lagi.Menjawab satu soalan, Hasan berkata, secara kronologi perubahan ke arah mewujudkan Negara Berkebajikan berlaku sejak Pas menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.
‘‘Jika kita membuat kajian betul-betul, saya fikir memang ada faktor (kerjasama) itu yang menyumbang ke arah (berlakunya perubahan). Ya, saya rasa ada, tetapi ia perlu ada satu kajian lanjut,’’ katanya.Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya kepada
Kemelut Hassan Ali Vs Mustafa
satu lawan empat.
hebat hasan ali sampai pas terpaksa gunakan 4 orang untuk lanyak hasan ali sorang.
tapi dalam menyelongkari dialog-dialog gaduh dorang ni, aku tergelak bila baca kenyataan mustafa ali.
mustafa ali kata dia ada bukti hasan ali berjumpa dengan pimpinan umno pada bulan puasa yang lepas.
berjumpa tu digemburkan sebagai satu dosa tahap dewa yang tak boleh diampunkan.
MUSTAPHA ALI = SETOPA ALI
gila setopa ni.
jumpa pun boleh jadi isu.
jumpa ?
tafsiran jumpa adalah bertemu.
kalau dalam kamus setopa ali berjumpa pun salah, bagaimana pulak dengan fakta sejarah kat bawah ni wahai setopa ali ?
tahun 2004, pas kelantan tinggal 2 kerusi.
meninggal sorang adun pas, tinggal satu kerusi.
pas kelantan dan oposisinya berjumpa untuk settlekan kes petisyen pilihanraya yang dilakukan oleh dua-dua pihak di kebanyakan negeri.
kerajaan pas kelantan diselamatkan oleh deal ini manakala petisyen pilihanraya di luar kelantan terutamanya di selangor/penang dll pas buat tak kisah.
asalkan pas di kelantan memerintah.
tu pasallah antara punca kenapa ustaz ismail kamus makin slow dengan pas pasal pas lebih pentingkan kelantan dan bukannya calon mereka di negeri lain. LIHAT FAKTA DI BAWAH.
Di SELANGOR, Abdul Ghani Samsudin dan Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli memfailkan petisyen bagi kawasan Parlimen masing-masing iaitu Tanjung Karang dan Gombak.Sementara DUN yang terlibat pula ialah Bangi (Dr. Shafie Abu Bakar), Sungai Burong (Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali) dan Gombak Setia (Datuk Ismail Kamus).Di SABAH, seorang calon bebas bagi kerusi DUN Lahad Datu memfailkan petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya umum ke-11 di kawasan tersebut.Johani Abdul Halim memfailkan petisyen itu di Mahkamah Tinggi Tawau pada kira-kira pukul 10 pagi ini melalui peguamnya, Tetuan Ansari & Co. dan menamakan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datu Nasrun Datu Mansur yang memenangi kerusi tersebut sebagai responden.BN sebelum ini telah mengemukakan tujuh petisyen di Kelantan, Terengganu dan Johor membabitkan satu Parlimen dan enam DUN sementara Pas sebanyak 13 petisyen iaitu enam Parlimen dan tujuh DUN di negeri-negeri yang sama.BN memfailkan petisyen bagi Parlimen Pasir Puteh sementara DUN membabitkan Kota Lama, Kemuning, Kadok, Cempaka (Kelantan) Senggarang (Johor) dan Rhu Rendang (Terengganu).Pas Kelantan memfailkan petisyen untuk Parlimen Jeli, dan Bachok serta kerusi DUN bagi Air Lanas, Jelawat dan Mengkebang sementara Pas Terengganu bagi Parlimen Besut, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun manakala DUN membabitkan Jertih, Ladang, Cukai dan Sura.
ok sekarang wahai setopa ali, aku nak bagitau ko.
setakat hasan ali berjumpa dengan pimpinan umno tu perkara biasa.
taklah teruk sangat jika dibandingkan dengan adegan tikam belakang pas kelantan terhadap calon pas luar kelantan pada pru 2004 ?
siapa yang lebih khianat sebenarnya wahai setopa ali ?
hasan ali atau aksi tikam belakang pas kelantan terhadap calon pas di negeri lain pada pru 2004 ?
Menjaga keamanan Negara
Saturday, December 24, 2011
Antara Hasan Ali dan Shaifudin Abdullah.
Sudah ramai blogger menulis tentang fenomena Hasan Ali. Hasan Ali sudah menjadi dilema kepada PAS. Tokoh seperti Hasan Ali begitu mudah mendapat sokongan grass root. Mungkin beberapa elitis PAS yang sekarang ini sedang ghairah berevolusi untuk menjadi liberal dalam PAs tidak menyenanginya. Namun beberapa puak dalam PAS yang merasakan PAS sudah tersasar jauh dari perjuangan asal mereka sangat bersetuju dengan Hasan Ali. Saya yakin puak ini datangnya dari grassroot.
Sementara itu pula, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pula menghadapi situasi yang hampir sama dalam UMNO. Hasan Ali dimusuhi oleh partinya kerana mengajak PAS kembali ke pangkal jalan. Saifudin pula bermasalah dengan partinya kerana menganjurkan 'politik baru', yang mana mungkin kurang difahami oleh grassroot UMNO.
Banyak perkara boleh saya komen tentang kedua-dua tokoh itu. Namun di sini saya ingin komen bagaimana UMNO dan PAS menangani kedua tokoh yang wayward dari aspirasi parti secara keseluruhannya.
Nik Aziz menegur Hasan Ali kerana memberi ruang untuk media musuh, iaitu TV3 menemuramahnya. Saya pelik kerana antara tuntutan BERSIH 2.0 adalah hak mendapat coverage dari media perdana. TV3 sudah memulakan dengan memberi peluang kepda Hasan Ali. Mursyidul Am mengeluarkan komen supaya lain kali Hasan Ali perlu 'snub enemy media'. Apa sudah jadi?
Sementara itu, Saifudin pula selalu menulis artikelnya dalam Malaysiam Insider. Malah dalam twitternya beliau pernah merungut Utusan Malaysia tidak menyiarkan artikelnya. Tapi tidak ada seorang pun pemimpin UMNO menegur Saifudin supaya 'snub enemy media'. Mungkin ada beberapa budak-budak blogger yang nakal membuat provokasi tetapi bukan datangnya dari PM atau TPM.
PAS sudah mengeluarkan 'gag order'nya dalam menangani masalah Hasan Ali. Namun PAS tidak berupaya membuat Hasan Ali menutup mulutnya. Sementara UMNO tidak mengeluarkan sebarang 'gag order' minta Saifudin tidak bercakap walaupun kadang-kadang Saifudin tidak mengikuti aspirasi partinya.
Saifudin juga selalu ditemuramah oleh Malaysiakini. Pemimpin UMNO tidak ada masalah dengannya.
Inilah kisah dua tokoh politik yang menjadi 'binatang jalang dari kumpulannya yang terbuang'; meminjam ungkapan Chairil Anwar dalam sajak 'Aku'.
Politik Malaysia semakin menjadi lucu. Mari kita hiburkan hari kita dengan lagu Louis Armstrong dalam lagu yang diparodykan ini, untuk mengatasi kelucuan politik Malaysia.