Thursday, January 6, 2011

TREND BARU UNTUK MENJATUHKAN PEMIMPIN UMNO/BN?





Apakah ini satu trend baru untuk menjatuhkan pemimpin UMNO/BN?...Ramai sahabat-sahabat yang memberi reaksi spontan tentang isu terbaru dan terkini melibatkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.


Perbuatan menyerang peribadi seorang demi seorang pemimpin UMNO/BN demi untuk politik murahan dianggap sesuatu yang amat tidak bermoral.


Datuk Sri Dr Rais Yatim telah tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan kononnya beliau terlibat dalan kes jenayah perkosaan pada tahun 2007 semalam.


" Ini jelas menunjukkan pemimpin BN amat bertanggungjawab berbanding pemimpin pembangkang yang cuba melengah-lengahkan proses perbicaraan mereka.


Disamping itu macai - macai ini diupah supaya menwar - warkan cerita ini kerana mereka beranggapan Rais Yatim bahaya kepada mereka kerana kepintaran,kepetahan dan pengalaman Rais Yatim dalam mengemudi kepimpinan UMNO dan BN serta mengepalai Kementerian yang amat penting sebagai jantung dan nadi Kerajaan.

Pengadu domba ini membuat provokasi supaya Datuk Seri Rais Yatim melenting dan menjawab isu ini kepada rakyat. Pelbagai cara dan saluran digunakan sehingga menggunakan akhbar Indonesia dan mengeluarkan gambar Wanita yang dikatakan dirogol oleh Rais Yatim. Pemimpin pembangkang juga memainkan peranan yang sama menggunakan media luar dan antarabangsa untuk menjatuhkan populariti Menteri Kabinet Malaysia ini.


Sebagai pemimpin veteran, Datuk Dr Rais Yatim yang sangat berpengalaman luas dalam politik Malaysia sudah tentu dapat memahami sepak terajang politik. Ibarat pepatah Melayu, sekilas ikan di air, sudah tentu tahu jantan betinanya.

Namun demikian, Rais Yatim tidak sebodoh yang disangkakan, Segala tohmahan, fitnah dan khabar angin ini diterima dengan tenang oleh Rais Yatim serta kaum keluarganya. Kawan - kawan rapatnya juga sentiasa memberi peransang dan semangat agar sanggup berhadapan semua ini dengan tabah.


Rakyat tahu, Rais Yatim bukan calang - calang pemimpin, beliau pernah jatuh dan bangun semula diatas kesilapan. Kesilapan lalu telah mengajar beliau agar lebih berhati - hati terutama apabila berhadapan dengan musuh politik. Dalam politik,musuh ada dimana - mana. Musuh akan atau sengaja mencari kesilapan. Paling tidak akan sengaja membuat fitnah untuk merosakkan peribadi dan juga jawatan yang disandang dalam Kerajaan.

Berikut adalah petikan kenyataan Datuk Dr Rasi Yatim:

Saya menafikan sebarang tuduhan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di Internet atau mana-mana entiti politik,"

Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara,"

Rais berkata, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siasatan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Komen.....


Benarlah pendapat yang mengatakan dalam kelompok manusia, terdapat haiwan.Tetapi dalam kelompok haiwan tiada manusia.

Manusia yang tidak menggunakan akal fikirannya akan lebih teruk daripada haiwan. Sebaliknya kekadang, ada sufat haiwan yang lebih baik dari manusia...