Belum pun berlaku pilihanraya umum ke 13 di Malaysia, suara sumbang kononnya UMNO/BN akan melakukan rampasan kuasa jika kalah dalam PRU akan datang telah pun kedengaran dan ditiupkan.
Semuanya, gara-gara untuk menambahkan api kebencian penduduk terhadap kepimpinan UMNO/BN serta menafikan keupayaan UMNO/BN memerintah Malaysia selama ini.
Persoalannya adalah adakah pemimpin UMNO/BN zalim selama ini?
Pertama:
Kerajaan PAS Kelantan pernah memerintah hanya dengan kelebihan satu kerusi sebelum PRU 12 pada tahun 2004 hingga 2008 apabila UMNO memenangi kerusi Pengkalan Pasir dalam pilihanraya kecil.Kenapa UMNO BN tidak membuat rampasan kuasa atau membeli ADUN Kelantan?
Kedua:
Pembangkang boleh dikatakan saban malam menjelajah keseluruh Negara mencaci, mencerca, memfitnah malah menghina pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Tidak ada pula pemimpin pembangkang yang di tangkap di bawah akta hasutan mahu pun ISA.
Ketiga:
Dalam pilihanraya kecil Galas, UMNO/BN seolah-olah membiarkan sahaja pembangkang membelasah mereka hampir 4 atau 5 ceramah umum setiap malam. Namun UMNO/BN tidak memohon walaupun satu permit daripada pasukan keselamatan.
Keempat:
Terlalu banyak karenah yang dilakukan oleh pihak pembangkang yang seolah-olah menguji kesabaran dan semangat pemimpin-pemimpin UMNO/BN tetapi ditangani oleh pemimpin UMNO/BN secara bijak
Kelima:
Semalam PM melakukan upacara pecah tanah pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang. Sekali gus menolak tanggapan kerajaan UMNO/BN membezakan antara negeri-negeri yang di menanginya dan hanya membangunkan negeri yang diperintah oleh UMNO/BN. Malah Kelantan sendiri mendapat peruntukkan perbelanjaan yang jauh mengatasi negeri-negeri lain.
Keenam:
Pembangkang nampaknya menafikan perkara baik yang dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN seolah-olah tiada jasa langsung yang di buat oleh Pemimpin UMNO BN.
Kesemua faktor di atas sebenarnya menunjukkan keikhlasan dan kejujuran serta TIDAK sama sekali menunjukkan kezaliman pemimpin UMNO/BN.
Bayangkan kalangan cerdik pandai, pendidik, pegawai kerajaan yang menentang kerajaan mendapat pekerjaan, kemewahan hasil daripada perjuangan pemimpin UMNO/BN. Siapakah yang zalim sebenarnya?
Begitu juga kalangan peneroka FELDA yang diubah daripada seorang petani miskin di kampung pendalaman kepada yang bertaraf sederhana di Tanah rancangan. Tidak ada yang diperintah keluar dar FELDA semata-mata kerana menentang Kerajaan UMNO/BN. Siapakah yang zalim sebenarnya?
Pemimpin UMNO/BN lah yang sebenarnya amat bersikap terbuka. Tiada negeri, suku kaum, puak yang dipinggirkan.Semuanya mendapat hak yang sama rata berdasarkan prinsip keadilan.
Tuesday, December 21, 2010
ZALIM SANGATKAH PEMIMPIN UMNO/BN?
BERWASPADALAH DENGAN AGENDA DAP
Kuala Lumpur : 20 Dec 2010
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin berkata, umat Islam di Malaysia perlu menolak DAP kerana ia jelas serupa dengan strategi PAP ketika parti utama Singapura itu mahu mendapat kuasa.
Beliau seterusnya beliau berkata "silap mata" DAP kini cuba menerapkan unsur Islam itu adalah bermatlamat hanya mahukan sokongan penduduk Islam bagi membolehkan parti tersebut terus berkuasa...
Rupa-rupanya apa yang berlaku selama ini sudah ada jawapannya. Sebelum ini kita hairan juga kenapa lah pemimpin pembangkang terutamanya DAP beria-ia untuk membaca ayat Quran dalam ceramah, beria-ia benar untuk berada dalam ruang solat dalam masjid atau pun surau.
Mereka boleh berlakon dengan memakai songkok dan kononnya memerintah mengikut khalifah Islam.
Hakikatnya tidaklah sebegitu.Ianya indah khabar dari rupa.
Malah juga, mereka mencari boneka Melayu untuk di beri jawatan yang kononnya mereka digambarkan sebagai parti berbilang kaum.
Kini, satu demi satu tembelang pembangkang sudah mula terbongkar. Dan mungkin selepas ini ramai lagi pihak yang telah mula sedar membongkarkannya.
Pun begitu, seharusnya kita semua perlu berfikir secara waras dan terbuka dari perbagai sudut mahupun pandangan.
Janganlah hendaknya kita menjadi jumud atau berfikir dalam tempurung kita sahaja.
Fikirlkanlah juga untuk kepentingan ummah keseluruhannya.Berfikir bukan dengan emosi mahupun nafsu semata-mata.
Ayuh.....marilah kita rapatkan barisan.Bertindaklah untuk kepentingan Agama, Bangsa dan tanah air yang kita cintai ini...
Thursday, December 9, 2010
DERHAKA KEPADA BANGSA SENDIRI
Wednesday, December 8, 2010
UMNO NAKHODA BARISAN NASIONAL
Politik adalah perjuangan berasaskan bilangan, kepentingan dan kedudukan.
Dalam politik yang berasaskan demokrasi, bilangan memainkan peranan yang sangat penting. Sesiapa yang mendapat bilangan undi terbanyak, beliau yang yang diistiharkan menang walaupun dengan kelebihan satu undi. Itu bagi kerusi pilanraya.
Begitu juga dengan kedudukan di dalam satu-satu Dewan Undangan Negeri. Umpamanya PAS pernah membentuk Kerajaan di Kelantan dengan kelebihan satu kerusi sahaja.
Begitu juga dengan sesebuah pakatan. Ianya perlu diterajui atau dinakhoda oleh sesabuah parti yang mempunyai lebihan kerusi, pengaruh serta kepentingan seumpama Barisan Nasional sendiri.
Lihat saja pada asas penubuhannya sebagai PERIKATAN dan kini BARISAN NASIONAL yang sejak dulu dinakhodai oleh UMNO.
UMNO sememangnya layak menakhoda BN dan tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Dari segi bilangan kerusi, UMNO sememangnya mempunyai bilangan kerusi yang banyak.Malah peratus kekalahan kerusi yang diperuntukkan kepada UMNO juga tidak tinggi berbanding dengan komponen yang lain.
Pemimpin UMNO juga mempunyai sikap toleransi yang tinggi. Contohnya, biarpun ramai pemimpin Parti Gerakan yang tewas serta tewasnya kerajan Gerakan di Pulau Pinang, Presiden Gerakan tetap dilantik sebagai Menteri Pusat.
Begitu juga dengan parti komponen yang lain. Perlantikkan jemaah Menteri tidak langsung berasaskan jumlah kerusi yang dimenangi, tetapi berasaskan semangat toleransi dan setiakawan.
Pun begitu, perlantikkan Ahli Dewan Negara juga sama. Ia juga meliputi pelbagai lapisan masyarakat termasuk kalangan Orang Asli, Karyawan dan lain-lain.
Oleh itu, sepatutnya semua komponen BN perlu menghayati semangat BN yang telah dipersetujui bersama dan tidak mengikuti persepsi masing-masing sahaja.
Selama ini tiada masyarakat yang berasa terpingir dengan konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Pengerusi BN, Dato Sri Mohd Najib Tun Abd Razak sendiri.
HAYATI FALSAFAH MAAL HIJRAH SEPENUHNYA
Umat Islam di negara ini di ajak untuk menghayati falsafah Maal Hijrah dalam erti kata yang sebenarnya. iaitu khususnya bagi mencapai perpaduan sesama Islam dan juga perpaduan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia amnya.
Tuanku Mizan bertitah, untuk mencapai perpaduan diidamkan bukannya mudah dan semua pihak harus memainkan peranan serta membuktikan keikhlasan bagi mencapai tujuan tersebut.
Peristiwa hijrah ini membawa perubahan dan transformasi positif pada sikap dan cara hidup umat Islam, selain menggambarkan perlunya pengorbanan serta usaha gigih dalam mencapai kejayaan di dunia mahupun di akhirat.
Umat Islam perlu mengambil contoh golongan muhajirin dan Ansar yang sanggup mengorbankan kepentingan diri demi Islam" Titah baginda.
"Semua pengajaran ini tinggal sejarah jika kita terus leka dan hanya berbangga dengan pencapaian umat terdahulu sedangkan kita sendiri tidak pernah berubah untuk mencapai kejayaan. Semangat perpaduan ini jelas dalam Piagam Madinah di bawah kepimpinan Rasulullah yang memberi kebebasan beragama serta hak asasi manusia dan pada masa yang sama menekankan soal perpaduan, peranan dan tanggungjawab sebagai warganegara serta hubungan dengan pihak luar" titah Baginda lagi.
Dengan mengambil kira persoalan pokok yang menimpa umat Islam di Negara kita, sebenarnya umat Islam jauh ketinggalan dalam perlbagai sudut. Antaranya adalah pendidikan dan ekonomi yang dianggap begitu penting.
Bagaimana umat Islam di Malaysia boleh mencapai kejayaan dalam kedua-dua bidang tersebut atau bagaimanakan umat Islam hendak mencapai kejayaan di dunia jika perpaduan sesama Islam pun masih terkapai-kapai?
Ramai yang beranggapan bahawa perpecahan umat Islam kini adalah disebabkan oleh perbedaan ideologi politik. Kita tidak seperti bangsa lain yang boleh bersatu demi untuk mencapai hasrat dan cita-cita bangsa dengan mengenepikan fahaman politik.
Alangkah cantiknya jika kita mengambil semangat Maal Hijrah sebagaimana golongan Muhajirin dan Ansar yang sanggup mengenepikan soal kepentingan diri demi Islam.
Mentelah lagi jika kita lihat dari sudut kelemahan umat dalam bidang pendidikan dan ekonomi yang sangat ditekankan dalam Islam. Begitu juga dengan sedikit kuasa yang dikuasai umat Islam pun ibarat telur di hujung tanduk sahaja?
Kita umat Islam tidak sepatutnya menuding jari mencari kesalahan antara satu sama lain. Pihak yang memerintah atau berkuasa tidak boleh mencapai hasrat untuk membela ummah dek kerana halangan yang sentiasa di bawa oleh pihak yang membangkang.
Pihak yang membangkang pula perlu menerima realiti yang mereka belum diberi kuasa oleh Allah SWT untuk memerintah Malaysia ini. Mereka hanya di beri ujian untuk memerintah di beberapa negeri bagi menunjukkan kaedah dan cara pemerintahannya.
Sanggupkah kita umat Islam menghayati sepenuhnya falsafah Maal Hijrah ini?
Monday, December 6, 2010
KONVENSYEN BN - MAMPUKAH SEMUA AHLI KOMPONEN MEREALISASIKANNYA
Friday, December 3, 2010
KERAJAAN PAKATAN RAKYAT MALAYSIA - KIT SIANG TPM?
Wednesday, December 1, 2010
BETA SEDIH
Shah Alam : 30 Nov 2010
Beta Sedih........Begitulah tajuk Utama Berita Harian.
Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa sedih dan dukacita terhadap orang Melayu yang tidak lagi megah dan bangga sebagai Orang melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan Melayu untuk dikuburkan dan lenyap dari dunia.
Baginda juga bertitah "ada juga suara lantang dikalangan orang Melayu sendiri yang meminta perkataan "Melayu" dihapuskan daripada ungkapan "Raja-Raja Melayu. Sejarah ditulis oleh Inggeris ada menyatakan mengenai Tanah Melayu, Negeri Melayu Bersekutu dan Raja Melayu sekali gus membuktikan penulis barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini"
Komen
Mengapakah ini terjadi kepada insan yang bernama Melayu sehingga sanggup menderhaka kepada Rajanya.. Apakah mereka sudah hilang identiti atau sebenarnya mereka bukan berbangsa Melayu....Mungkin pakistan...mungkin siam...mungkin...
Atau mungkinkah mereka mahu menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah Repuklik?
Jika itu lah hal nya maka adalah tidak mustahil jika mereka diberi mandat perkara yang sama akan dilakukan.
Kalau nak marah pun kepada pihak lawan janganlah sampai agama, bangsa dan tanah air nak digadaikan.
Kita di jajah lebih 1400 tahun dan kita merdeka baru saja 53 tahun. Dalam kita baru merdeka sesingkat ini pun kita nak bergaduh sesama sendiri.Apakah kita tidak malu dengan bangsa-bangsa yang lain?
Titah Banginda lagi "Kepada Rakyat Melayu, Beta ingin menyedarkan bahawa rakyat Melayu tidak akan hilang begitu sahaja kerana negeri ini adalah tempat tumpah darah kita, dan di tanah bertuah ini juga tempat kita dikuburkan."
Maka kita semua yang bernama Melayu juga perlu insaf. Kemana lagi tempat kita nak bawa diri jika negara kita hancur? Ke Thailand kah kita?..ke SIngapura kah kita? atau ke Indonesia kah kita?
Kita tidak boleh bergantung harap kepada negara jiran tertangga kita.Mereka juga akan ke Malaysia juga jiga sempadannya terbuka luas. Mereka juga mempunyai masalah tersendiri....
Oleh itu...marilah kita mempertahankan bumi Malaysia bertuah ini. Disini tempat tumpah darah kita...disini juga lah kita dikuburkan...