Tuesday, December 27, 2011

Apa yang Hadi Dah Buat.



Datuk Dr.Hassan Ali Menolak Negara Kebajikan

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menolak konsep negara berkebajikan yang diperkenalkan oleh Pas, sebaliknya beliau mahu parti itu kembali kepada perjuangan asal iaitu menubuhkan sebuah negara Islam.


Tegas beliau, pendiriannya itu jelas kerana matlamat asal penubuhan Pas adalah untuk mendirikan sebuah negara Islam dengan cara memartabatkan agama itu, umatnya serta memperkukuhkan peranan ulama supaya mereka mampu menggarap Islam di dalam pemerintahan.


Sehubungan itu, beliau berkata, sebagai sebuah parti Islam, Pas tidak harus mempunyai cita-cita untuk menubuhkan negara berkebajikan kerana pelaksanaan konsep negara seperti itu mampu dilakukan oleh golongan sekular seperti mana berlaku di negara-negara maju antaranya Sweden, Norway, United Kingdom (UK) dan Australia.


‘‘Prinsip perjuangan saya meletakkan semula Pas ke landasan asal dan ia sejajar dengan kehendak Perlembagaan parti. Daripada pengamatan saya, Pas yang kini majoritinya dikuasai oleh golongan bukan ulama lebih cenderung mengamalkan ‘politik memenuhi kehendak rakan’ hingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan yang telah dipertahankan sejak penubuhannya.


‘‘Cuba kita lihat pada awal penubuhan Pas bagaimana pemimpin Pas terdahulu seperti Dr. Burhanuddin Helmi dan Ustaz Zulkifli Mohamad berjuang untuk mendirikan negara Islam dengan cara memartabatkan Islam, Melayu dan menobatkan institusi raja-raja,’’ katanya.


Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor bercakap pada sidang akhbar di kediamannya di Pinggir Taman Tun Dr. Ismail dekat sini, hari iniDalam perkembangan berkaitan, Hasan mengakui antara batu penghalang kepada Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam adalah datangnya daripada kepimpinan tertinggi DAP.Beliau berkata, kenyataan Pengerusinya, Karpal Singh iaitu jika Pas mahu meneruskan cita-citanya menubuhkan sebuah negara Islam perlu langkah mayatnya terlebih dahulu jelas membuktikan betapa besarnya halangan tersebut.


Ujarnya, kenyataan Karpal itu cukup menggambarkan bagaimana pintu untuk meneruskan hasrat tersebut tertutup dan terkunci selama-lamanya.‘‘Saya kira pihak pimpinan Pas perlu membincangkan perkara ini. Dalam organisasi Pas, kita ada jawatankuasa di peringkat cawangan, kawasan, negeri dan Pusat.


‘‘Masing-masing mempunyai tanggungjawab dan salah satu tanggungjawab dalam konteks sekarang adalah bersama-sama meletakkan Islam sebagai agenda perjuangan utama dan pertama.,’’ katanya lagi.Menjawab satu soalan, Hasan berkata, secara kronologi perubahan ke arah mewujudkan Negara Berkebajikan berlaku sejak Pas menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.


‘‘Jika kita membuat kajian betul-betul, saya fikir memang ada faktor (kerjasama) itu yang menyumbang ke arah (berlakunya perubahan). Ya, saya rasa ada, tetapi ia perlu ada satu kajian lanjut,’’ katanya.Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya kepada

Kemelut Hassan Ali Vs Mustafa

kemelut hasan ali vs mustafa ali/kalid gereja/saari sungib/dr rani dah masuk bab ke 3.

satu lawan empat.

hebat hasan ali sampai pas terpaksa gunakan 4 orang untuk lanyak hasan ali sorang.

tapi dalam menyelongkari dialog-dialog gaduh dorang ni, aku tergelak bila baca kenyataan mustafa ali.

mustafa ali kata dia ada bukti hasan ali berjumpa dengan pimpinan umno pada bulan puasa yang lepas.

berjumpa tu digemburkan sebagai satu dosa tahap dewa yang tak boleh diampunkan.
MUSTAPHA ALI = SETOPA ALI
gila setopa ni.
jumpa pun boleh jadi isu.
jumpa ?
tafsiran jumpa adalah bertemu.

kalau dalam kamus setopa ali berjumpa pun salah, bagaimana pulak dengan fakta sejarah kat bawah ni wahai setopa ali ?

tahun 2004, pas kelantan tinggal 2 kerusi.
meninggal sorang adun pas, tinggal satu kerusi.

pas kelantan dan oposisinya berjumpa untuk settlekan kes petisyen pilihanraya yang dilakukan oleh dua-dua pihak di kebanyakan negeri.

kerajaan pas kelantan diselamatkan oleh deal ini manakala petisyen pilihanraya di luar kelantan terutamanya di selangor/penang dll pas buat tak kisah.

asalkan pas di kelantan memerintah.

tu pasallah antara punca kenapa ustaz ismail kamus makin slow dengan pas pasal pas lebih pentingkan kelantan dan bukannya calon mereka di negeri lain. LIHAT FAKTA DI BAWAH.



Di SELANGOR, Abdul Ghani Samsudin dan Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli memfailkan petisyen bagi kawasan Parlimen masing-masing iaitu Tanjung Karang dan Gombak.Sementara DUN yang terlibat pula ialah Bangi (Dr. Shafie Abu Bakar), Sungai Burong (Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali) dan Gombak Setia (Datuk Ismail Kamus).Di SABAH, seorang calon bebas bagi kerusi DUN Lahad Datu memfailkan petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya umum ke-11 di kawasan tersebut.Johani Abdul Halim memfailkan petisyen itu di Mahkamah Tinggi Tawau pada kira-kira pukul 10 pagi ini melalui peguamnya, Tetuan Ansari & Co. dan menamakan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datu Nasrun Datu Mansur yang memenangi kerusi tersebut sebagai responden.BN sebelum ini telah mengemukakan tujuh petisyen di Kelantan, Terengganu dan Johor membabitkan satu Parlimen dan enam DUN sementara Pas sebanyak 13 petisyen iaitu enam Parlimen dan tujuh DUN di negeri-negeri yang sama.BN memfailkan petisyen bagi Parlimen Pasir Puteh sementara DUN membabitkan Kota Lama, Kemuning, Kadok, Cempaka (Kelantan) Senggarang (Johor) dan Rhu Rendang (Terengganu).Pas Kelantan memfailkan petisyen untuk Parlimen Jeli, dan Bachok serta kerusi DUN bagi Air Lanas, Jelawat dan Mengkebang sementara Pas Terengganu bagi Parlimen Besut, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun manakala DUN membabitkan Jertih, Ladang, Cukai dan Sura.

ok sekarang wahai setopa ali, aku nak bagitau ko.

setakat hasan ali berjumpa dengan pimpinan umno tu perkara biasa.

taklah teruk sangat jika dibandingkan dengan adegan tikam belakang pas kelantan terhadap calon pas luar kelantan pada pru 2004 ?

siapa yang lebih khianat sebenarnya wahai setopa ali ?

hasan ali atau aksi tikam belakang pas kelantan terhadap calon pas di negeri lain pada pru 2004 ?

Menjaga keamanan Negara

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Seramai 40,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) disediakan di seluruh negara bagi mengurangkan peratusan kegiatan jenayah bermula 1 Januari tahun depan.Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, anggota berkenaan telahpun diberikan latihan untuk memulakan tugas bagi memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terjaga melalui rondaan."Sebagai permulaan, hari ini adalah hari pertama mereka membuat rondaan bagi kawasan Brickfields dan Damansara."Lebih 5,000 daripada anggota-anggota ini pula akan menjalankan rondaan bersama di seluruh kawasan Lembah Klang bermula tahun depan dalam kadar sekerap yang mungkin," katanya pada sidang media sempena majlis pelancaran Rondaan Bersama PDRM, JPAM dan Rela di sini, hari ini.Beliau berkata, penggunaan alat elektronik juga merupakan salah satu cara mempertingkatkan lagi pengurangan kadar jenayah di negara ini."Melalui bajet (Belanjawan 2012) yang dikeluarkan Perdana Menteri, memang ada peruntukan untuk kamera CCTV. CCTV sedia ada akan dipasang semula secara berperingkat di setiap negeri mengikut kawasan-kawasan yang kami pilih terutama kawasan hotspot," katanya.Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula berkata, peratusan kebimbangan persepsi masyarakat terhadap jenayah sehingga Oktober lepas menunjukkan prestasi yang baik."Dua tahun lepas perasaan takut yang wujud di kalangan penduduk menunjukkan lebih kurang 58 peratus tapi tahun ini perasaan itu turun 48 peratus. Ini adalah sumber yang dikeluarkan dari TNS (syarikat yang dilantik oleh PDRM untuk mengkaji peratusan NKRA)," katanya.Beliau berkata, JPAM dan Rela telah diberikan kuasa pasukan Simpanan Sukarelawan Polis (PVR) yang sama seperti polis biasa untuk membuat tindakan dalam keadaan yang tertentu."Anggota Rela dan JPAM adalah aset PDRM untuk bekerjasama, mereka telah dilatih untuk mengawal lalu lintas dan membantu mencegah jenayah."Dalam kuasa ini saya telah diberi kuasa di bawah Akta Polis iaitu memberikan anggota Rela dan JPAM sebagai kuasa PVR kerana Akta Polis telah menyatakan saya sebagai Ketua Polis Negara boleh memberi kuasa ini untuk mereka," katanya.Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis masih menyiasat mengenai kes seorang perompak ditembak mati oleh pengawal keselamatan dalam rompakan di sebuah bank di Pandan Indah, Ampang semalam, untuk menentukan sama ada suspek adalah seorang anggota tentera kerana dia menggunakan senjata api jenis Steyr (sama jenis dengan yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia) dalam rompakan itu."Setakat ini kami tengah siasat latar belakang suspek tersebut sama ada dia mempunyai asas daripada sudut penggunaan senjata api yang dimilikinya dan melaluinya baru kami boleh menyiasat dari mana datangnya senjata tersebut," katanya.Semalam, seorang perompak yang mengambil masa 10 minit melakukan rompakan di sebuah bank ditembak di bahagian belakang kepala dari jarak 50 meter oleh seorang pengawal keselamatan dengan pump gun semasa suspek hendak melarikan diri. - BERNAMA

Saturday, December 24, 2011

Antara Hasan Ali dan Shaifudin Abdullah.

Hari ini hari Sabtu. Selalunya saya tidak menulis hal politik. Tapi selepas tamat siri Mikawa-bushi, saya tidak terfikir untuk menulis tentang apa lagi. Ada sesuatu yang menarik bermain dalam fikiran saya sehari dua ini. Elok juga jika kita sorotinya.
Sudah ramai blogger menulis tentang fenomena Hasan Ali. Hasan Ali sudah menjadi dilema kepada PAS. Tokoh seperti Hasan Ali begitu mudah mendapat sokongan grass root. Mungkin beberapa elitis PAS yang sekarang ini sedang ghairah berevolusi untuk menjadi liberal dalam PAs tidak menyenanginya. Namun beberapa puak dalam PAS yang merasakan PAS sudah tersasar jauh dari perjuangan asal mereka sangat bersetuju dengan Hasan Ali. Saya yakin puak ini datangnya dari grassroot.
Sementara itu pula, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pula menghadapi situasi yang hampir sama dalam UMNO. Hasan Ali dimusuhi oleh partinya kerana mengajak PAS kembali ke pangkal jalan. Saifudin pula bermasalah dengan partinya kerana menganjurkan 'politik baru', yang mana mungkin kurang difahami oleh grassroot UMNO.
Banyak perkara boleh saya komen tentang kedua-dua tokoh itu. Namun di sini saya ingin komen bagaimana UMNO dan PAS menangani kedua tokoh yang wayward dari aspirasi parti secara keseluruhannya.
Nik Aziz menegur Hasan Ali kerana memberi ruang untuk media musuh, iaitu TV3 menemuramahnya. Saya pelik kerana antara tuntutan BERSIH 2.0 adalah hak mendapat coverage dari media perdana. TV3 sudah memulakan dengan memberi peluang kepda Hasan Ali. Mursyidul Am mengeluarkan komen supaya lain kali Hasan Ali perlu 'snub enemy media'. Apa sudah jadi?
Sementara itu, Saifudin pula selalu menulis artikelnya dalam Malaysiam Insider. Malah dalam twitternya beliau pernah merungut Utusan Malaysia tidak menyiarkan artikelnya. Tapi tidak ada seorang pun pemimpin UMNO menegur Saifudin supaya 'snub enemy media'. Mungkin ada beberapa budak-budak blogger yang nakal membuat provokasi tetapi bukan datangnya dari PM atau TPM.
PAS sudah mengeluarkan 'gag order'nya dalam menangani masalah Hasan Ali. Namun PAS tidak berupaya membuat Hasan Ali menutup mulutnya. Sementara UMNO tidak mengeluarkan sebarang 'gag order' minta Saifudin tidak bercakap walaupun kadang-kadang Saifudin tidak mengikuti aspirasi partinya.
Saifudin juga selalu ditemuramah oleh Malaysiakini. Pemimpin UMNO tidak ada masalah dengannya.
Inilah kisah dua tokoh politik yang menjadi 'binatang jalang dari kumpulannya yang terbuang'; meminjam ungkapan Chairil Anwar dalam sajak 'Aku'.
Politik Malaysia semakin menjadi lucu. Mari kita hiburkan hari kita dengan lagu Louis Armstrong dalam lagu yang diparodykan ini, untuk mengatasi kelucuan politik Malaysia.

PAS VS SEMANGAT 46

PAS VS SEMANGAT 46.

Semasa bersama Pas Semangat 46 terlalu banyak susahnya daripada senang menyebabkan Semangat 46 sangup menebalkan muka untuk kembali rujuk kapada Umno. Sepatutnya tidak munkin tergamak bagi pemimpin Semangat 46 yang duduk bersama dengan pemimpin Pas selama lapan tahun sangup lari meningalkan Pas jikalau tidak ada sesuatu pekara yang besar atau mereka dapat jadikan Pas itu sebagai model kebaikan.Hasil daripada kegagalan mufakat Pas - Semangat 46 dan juga akhlak akhlak pemimpin mereka yang buruk serta tidak mengikut hukum Allah sebenar. Kita merasa hairan kenapakah rakyat masih boleh menerima perjuangan Pas, rakyat terlalu taksub kapada tokoh- tokoh guru Pas sahingga rakyat berfikir semua yang dilakukan oleh Pas adalah betul belaka.

PAS AMALKAN POLITIK GOMOL.

Semangat 46 sangat arif segala-galanya, mereka tau pemimpin Pas sendiri berlumba-lumba mengejar habuan dunia bermula selepas menang pilihan umum 1990, dari situ Pas mengamalkan Politik Gomol.Gomol sungguh-sungguh Pas gomol Jawatan Timbilan Menteri Besar, Gomol 5 jawatan utama di pejabat unit dakwah Halaqat, gomol semua 14 jawatan pegawai dakwah Halaqat peringkat parlimen dan gomol kira-kira 90% jawatan yang wujud dibawah unit tersebut.Daripada 24 jawatan di Urusetia Penerangan Kerjaan Negeri Pas gomol 19 jawatan dan di pusat kajian Strategik Pas gomol sungguh-sungguh dengan meningalkan hanya satu jawatan untuk parti Semangat 46.Politik gomol Pas ini lebih parah selepas pilihan raya Umum 1995, Jawatan Pengerusi-pengerusi anak syarikat SEDC diambil alih satu lepas satu daripada parti semangat 46, kota EXCO 46 yang di beri kapada Berjasa diambil oleh Pas selepas calun Calun Berjasa kalah di DUN lama, Kota ahli Majlis Daerah dan ahli majlis Perbandaran diubah tampa mendapat rastu dan persetujuan Pati Semangat 46.Sikap pemimpin Pas memang tak boleh di percayai dari dulu hingga sekarang, tapi kita taulah parti itu mengamal Ditaktur, hanya suara satu orang sahaja memutuskan sesuatu hal, Jawatan kuasa tidak ada kuasa malah Presdin sendiri tak ada kuasa pemutus, itulah kebodohan ahli Pas dan pengikutnya.

ADAM ADLI PATUT KENA TINDAKAN







1. Adam Adli patut dikenakan tindakan bukan saja kerana menurunkan bendera di PWTC tetapi kerana mencemarkan nama Institusi Pengajian Tinggi kerana 'merelakan' diperalatkan oleh parti politik.
2. Tindakan ini akan dapat dijadikan contoh dan teladan kepada mahasiswa lainnya kelak yang sepatutnya lebih fokus kepada pelajaran dan bukannya berpolitik. Kerana apa kita tidak melihat adanya mahasiswa kaum lain terlibat dalam demonstrasi sebegini?
3. Jika Adam dibiarkan bebas, kemungkinan besar dia aka terjerumus lebih jauh lagi dan kemungkinan juga akan terlibat dalam mengetuai mahasiswa dalam gerakan membebaskan Anu arr dalam projek 901 mereka nanti.

MAHASISWA YANG BANGANG

1. Banyak pihak yang masih rasional fikirannya menempelak perbuatan menurunkan bendera UMNO di PWTC baru-baru ini oleh sekumpulan yang kononnya mewakili mahasiswa. Memang ini perbuatan biadap oleh mahasiswa yang bangang dan tidak bermoral. Atas nama demokrasi mereka ingin meruntuhkan sistem demokrasi yang telah kita bina dan warisi sejak merdeka dulu. Mereka tidak lebih dari sekumpulan anak-anak samseng jalanan yang jika dibiarkan akan menjadi samseng dan pengkhianat negara.
2. Namun masih ada pihak yang menyokong perbuatannya dan memberi amaran kepada IPT berkenaan sekiranya tindakan diambil keatas Adam, mahasiswa akan mencetus satu revolusi. Inikah cara demokrasi bagi mereka? Memaksa dan mengugut bukan menuntut! Demokrasikan ini? Rupanya makna demokrasi berbeza-beza....andai kita meminta mereka mematuhi peraturan yang kita tetapkan. maka itu mereka namakan tidak demokrasi tetapi jikalau mereka yang memaksa kita maka itu dikatakan demokrasi pula? Tak banyak bezanya demokrasi mahasiswa ini dengan demokrasi ala Pembangkang @ PKR, Pas dan DAP.
3. Adam ditemani oleh Cikgu Bard ke Balai Polis untuk membuat laporan polis. Jika ditanya hubungan antara Adam dengan PKR maka jawab mereka ini tidak ada kena mengena dengan politik. Namun mereka berbohong, bahawa Adam sudah sejak lama ada hubungan dengan politik PKR, mungkin juga ada hubungan 'intim' dengan 'Punahsihat' PKR. Foto diatas menerangkan segalanya betapa hubungan Adam sudah diasuh sejak lama dulu. Tentu akan hangat jika Adam dikenakan tindakan.
4. Anu arr sedari bahawa dia akan didapati bersalah dan akan dihantar ke Sungai Buluh tidak lama lagi. Tetapi politik Anu arr adalah politik 'amok' dan politik 'orang mati', iaitu jika dia tidak dapat apa yang dikehendakinya maka dia tidak akan biarkan orang lain mendapat apa yang kita ingin dapatkan itu. Kerana itu sebelum beliau dijatuhkan hukum bersalah, biarlah dia melihat negara jadi huru-hara.
5. 9hb akan nanti khabarnya AMK sedang mengaturkan demonstrasi 'bebaskan Anu arr'. Bebaskan Anu arr? Sedangkan Anu arr masih dibicarakan dan belum lagi dihukum, justeru bagaimana mereka tahu Anu arr akan dihukum dan bersalah? Maknanya Anu arr sendiri tahu bahawa dia bersalah dan akan dihukum tidak lama lagi, lalu kerana tidak mahu dihukum maka satu usaha dilakukan untuk membebaskannya.

Thursday, January 6, 2011

TREND BARU UNTUK MENJATUHKAN PEMIMPIN UMNO/BN?





Apakah ini satu trend baru untuk menjatuhkan pemimpin UMNO/BN?...Ramai sahabat-sahabat yang memberi reaksi spontan tentang isu terbaru dan terkini melibatkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.


Perbuatan menyerang peribadi seorang demi seorang pemimpin UMNO/BN demi untuk politik murahan dianggap sesuatu yang amat tidak bermoral.


Datuk Sri Dr Rais Yatim telah tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan kononnya beliau terlibat dalan kes jenayah perkosaan pada tahun 2007 semalam.


" Ini jelas menunjukkan pemimpin BN amat bertanggungjawab berbanding pemimpin pembangkang yang cuba melengah-lengahkan proses perbicaraan mereka.


Disamping itu macai - macai ini diupah supaya menwar - warkan cerita ini kerana mereka beranggapan Rais Yatim bahaya kepada mereka kerana kepintaran,kepetahan dan pengalaman Rais Yatim dalam mengemudi kepimpinan UMNO dan BN serta mengepalai Kementerian yang amat penting sebagai jantung dan nadi Kerajaan.

Pengadu domba ini membuat provokasi supaya Datuk Seri Rais Yatim melenting dan menjawab isu ini kepada rakyat. Pelbagai cara dan saluran digunakan sehingga menggunakan akhbar Indonesia dan mengeluarkan gambar Wanita yang dikatakan dirogol oleh Rais Yatim. Pemimpin pembangkang juga memainkan peranan yang sama menggunakan media luar dan antarabangsa untuk menjatuhkan populariti Menteri Kabinet Malaysia ini.


Sebagai pemimpin veteran, Datuk Dr Rais Yatim yang sangat berpengalaman luas dalam politik Malaysia sudah tentu dapat memahami sepak terajang politik. Ibarat pepatah Melayu, sekilas ikan di air, sudah tentu tahu jantan betinanya.

Namun demikian, Rais Yatim tidak sebodoh yang disangkakan, Segala tohmahan, fitnah dan khabar angin ini diterima dengan tenang oleh Rais Yatim serta kaum keluarganya. Kawan - kawan rapatnya juga sentiasa memberi peransang dan semangat agar sanggup berhadapan semua ini dengan tabah.


Rakyat tahu, Rais Yatim bukan calang - calang pemimpin, beliau pernah jatuh dan bangun semula diatas kesilapan. Kesilapan lalu telah mengajar beliau agar lebih berhati - hati terutama apabila berhadapan dengan musuh politik. Dalam politik,musuh ada dimana - mana. Musuh akan atau sengaja mencari kesilapan. Paling tidak akan sengaja membuat fitnah untuk merosakkan peribadi dan juga jawatan yang disandang dalam Kerajaan.

Berikut adalah petikan kenyataan Datuk Dr Rasi Yatim:

Saya menafikan sebarang tuduhan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di Internet atau mana-mana entiti politik,"

Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara,"

Rais berkata, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siasatan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Komen.....


Benarlah pendapat yang mengatakan dalam kelompok manusia, terdapat haiwan.Tetapi dalam kelompok haiwan tiada manusia.

Manusia yang tidak menggunakan akal fikirannya akan lebih teruk daripada haiwan. Sebaliknya kekadang, ada sufat haiwan yang lebih baik dari manusia...