Kuala Lumpur 2 Julai: DAP JANGAN UGUT KERAJAAN KEDAH - Zulkifli Nordin (UM 3 Julai)
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Nordin memberi amaran kepada DAP agar mengubah pendekatan kerana tindak tanduk parti itu akhir-akhir ini sudah mula dilihat seperti mahukan hanya suara parti itu sahaja didengari.
Zulkifli juga mempertikaikan pendirian DAP yang tidak konsisten dalam membantah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) memandangkan parti itu tidak bersuara langsung apabila ia digunakan ke atas pemimpin Jemaah islamiah (JI), Mas Selamat.
Tegas Beliau, sebaliknya DAP hanya beria-ia membantah ISA apabila digunakan untuk menahan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
"Bila Mas selamat ditahan, tak ada seorang pun bersuara. Jadi dia (DAP) mewakili kepentingan siapa? Kalau benar-benar tak setuju dengan ISA maknanya semualah, tak kira Uthayakumar ke, Teresa Kok atau Mas Selamat."
PAS dan PKR, kita sama, bila Teresa Kok kena tahan pun kita tuntut beliau dibebaskan, Mas Selamat pun sama. Dan saya sendiri dalam kenyataan tuntut Mas selamat dibebaskan dan dibicarakan di mahkamah. Ini baru konsisten. Kita tau persepsi rakyat yang "engkau" ini mewakili siapa,"tegasnya.
Tahniahlah YB.................Saya pun bersimpati dengan YB sebab saya dah di ajar oleh Tok Aki saya supaya mengenal siapa rakan dan siapa lawan. Tapi saya amat sedih sebab YB memilih orang lain daripada rakan seagama untuk menjadi kawan. Itulah fasalnya. Salah memilih kawan membawa padah. Ramai kawan semasa suka tapi tak ade kawan semasa berduka....
Nampaknya YB dah sedar mainan mereka.........baguslah YB. Berkata benarlah YB walaupun pahit. Tapi....saya yakin dengan YB. Sebab banyak kenyataan yang YB buat kekadang menyengat pucuk pimpinan. Macam ikan keli jugak.
Mereka ni YB, kalu kena kaum depa, mereka hingak semacam. Pulak tu ajak orang lain dan suku sakat bangsa mereka bersama..tapi kena kat bangsa kita, depa diam macak tikus jatuh ke beras.
Mereka ni hipokrit sangat. Lagi pulak mereka ni chouvanist.Sayangnya YB, dua-dua kawan YB tu sama saja. Yang satu tu perjuangkan bangsa depa saja. Yang kena kat bangsa depa, berjuang bermati-matian. Sampai nak ugut. Kena kat bangsa kita, bukan nak tolong tapi diperlekeh lagi.
Yang satu lagi, perjuangkan parti mereka sahaja......lebih assobiyah. Kena kat depa semuanya halal, yang tak kena kat depa semuanya haram........Yang berbogel depan pun, kena suku sakat mereka pun halal....
YB...............ISA tu bagus untuk Negara kita Malaysia. Malah Singapura pun memperketatkan lagi ISA mereka. Untuk apa ISA? Jawapannya adalah untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan rakyat.
YB takut ke kat ISA tu? Jangan takut YB......hanya yang bersalah dan nak melakukan kesalahan saja yang perlu takut. Macam sahabat YB tu, DAP. Mereka nak pulon semua sebab tu lah depa takut ISA. Macam konsep Malaysian Malaysia. Hak depa, hak depa...hak kita pun, jadi hak depa...habih lah kita YB..
Saturday, July 4, 2009
ZULKIFLI NORDIN BARU KENAL DAP?
Dicatat oleh Puakumbu di 7:19 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment