Tuesday, December 21, 2010

ZALIM SANGATKAH PEMIMPIN UMNO/BN?

Belum pun berlaku pilihanraya umum ke 13 di Malaysia, suara sumbang kononnya UMNO/BN akan melakukan rampasan kuasa jika kalah dalam PRU akan datang telah pun kedengaran dan ditiupkan.

Semuanya, gara-gara untuk menambahkan api kebencian penduduk terhadap kepimpinan UMNO/BN serta menafikan keupayaan UMNO/BN memerintah Malaysia selama ini.

Persoalannya adalah adakah pemimpin UMNO/BN zalim selama ini?

Pertama:

Kerajaan PAS Kelantan pernah memerintah hanya dengan kelebihan satu kerusi sebelum PRU 12 pada tahun 2004 hingga 2008 apabila UMNO memenangi kerusi Pengkalan Pasir dalam pilihanraya kecil.Kenapa UMNO BN tidak membuat rampasan kuasa atau membeli ADUN Kelantan?

Kedua:

Pembangkang boleh dikatakan saban malam menjelajah keseluruh Negara mencaci, mencerca, memfitnah malah menghina pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Tidak ada pula pemimpin pembangkang yang di tangkap di bawah akta hasutan mahu pun ISA.

Ketiga:

Dalam pilihanraya kecil Galas, UMNO/BN seolah-olah membiarkan sahaja pembangkang membelasah mereka hampir 4 atau 5 ceramah umum setiap malam. Namun UMNO/BN tidak memohon walaupun satu permit daripada pasukan keselamatan.

Keempat:

Terlalu banyak karenah yang dilakukan oleh pihak pembangkang yang seolah-olah menguji kesabaran dan semangat pemimpin-pemimpin UMNO/BN tetapi ditangani oleh pemimpin UMNO/BN secara bijak

Kelima:

Semalam PM melakukan upacara pecah tanah pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang. Sekali gus menolak tanggapan kerajaan UMNO/BN membezakan antara negeri-negeri yang di menanginya dan hanya membangunkan negeri yang diperintah oleh UMNO/BN. Malah Kelantan sendiri mendapat peruntukkan perbelanjaan yang jauh mengatasi negeri-negeri lain.

Keenam:

Pembangkang nampaknya menafikan perkara baik yang dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN seolah-olah tiada jasa langsung yang di buat oleh Pemimpin UMNO BN.

Kesemua faktor di atas sebenarnya menunjukkan keikhlasan dan kejujuran serta TIDAK sama sekali menunjukkan kezaliman pemimpin UMNO/BN.

Bayangkan kalangan cerdik pandai, pendidik, pegawai kerajaan yang menentang kerajaan mendapat pekerjaan, kemewahan hasil daripada perjuangan pemimpin UMNO/BN. Siapakah yang zalim sebenarnya?

Begitu juga kalangan peneroka FELDA yang diubah daripada seorang petani miskin di kampung pendalaman kepada yang bertaraf sederhana di Tanah rancangan. Tidak ada yang diperintah keluar dar FELDA semata-mata kerana menentang Kerajaan UMNO/BN. Siapakah yang zalim sebenarnya?

Pemimpin UMNO/BN lah yang sebenarnya amat bersikap terbuka. Tiada negeri, suku kaum, puak yang dipinggirkan.Semuanya mendapat hak yang sama rata berdasarkan prinsip keadilan.

0 ulasan: