Saturday, December 24, 2011

MAHASISWA YANG BANGANG

1. Banyak pihak yang masih rasional fikirannya menempelak perbuatan menurunkan bendera UMNO di PWTC baru-baru ini oleh sekumpulan yang kononnya mewakili mahasiswa. Memang ini perbuatan biadap oleh mahasiswa yang bangang dan tidak bermoral. Atas nama demokrasi mereka ingin meruntuhkan sistem demokrasi yang telah kita bina dan warisi sejak merdeka dulu. Mereka tidak lebih dari sekumpulan anak-anak samseng jalanan yang jika dibiarkan akan menjadi samseng dan pengkhianat negara.
2. Namun masih ada pihak yang menyokong perbuatannya dan memberi amaran kepada IPT berkenaan sekiranya tindakan diambil keatas Adam, mahasiswa akan mencetus satu revolusi. Inikah cara demokrasi bagi mereka? Memaksa dan mengugut bukan menuntut! Demokrasikan ini? Rupanya makna demokrasi berbeza-beza....andai kita meminta mereka mematuhi peraturan yang kita tetapkan. maka itu mereka namakan tidak demokrasi tetapi jikalau mereka yang memaksa kita maka itu dikatakan demokrasi pula? Tak banyak bezanya demokrasi mahasiswa ini dengan demokrasi ala Pembangkang @ PKR, Pas dan DAP.
3. Adam ditemani oleh Cikgu Bard ke Balai Polis untuk membuat laporan polis. Jika ditanya hubungan antara Adam dengan PKR maka jawab mereka ini tidak ada kena mengena dengan politik. Namun mereka berbohong, bahawa Adam sudah sejak lama ada hubungan dengan politik PKR, mungkin juga ada hubungan 'intim' dengan 'Punahsihat' PKR. Foto diatas menerangkan segalanya betapa hubungan Adam sudah diasuh sejak lama dulu. Tentu akan hangat jika Adam dikenakan tindakan.
4. Anu arr sedari bahawa dia akan didapati bersalah dan akan dihantar ke Sungai Buluh tidak lama lagi. Tetapi politik Anu arr adalah politik 'amok' dan politik 'orang mati', iaitu jika dia tidak dapat apa yang dikehendakinya maka dia tidak akan biarkan orang lain mendapat apa yang kita ingin dapatkan itu. Kerana itu sebelum beliau dijatuhkan hukum bersalah, biarlah dia melihat negara jadi huru-hara.
5. 9hb akan nanti khabarnya AMK sedang mengaturkan demonstrasi 'bebaskan Anu arr'. Bebaskan Anu arr? Sedangkan Anu arr masih dibicarakan dan belum lagi dihukum, justeru bagaimana mereka tahu Anu arr akan dihukum dan bersalah? Maknanya Anu arr sendiri tahu bahawa dia bersalah dan akan dihukum tidak lama lagi, lalu kerana tidak mahu dihukum maka satu usaha dilakukan untuk membebaskannya.

0 ulasan: