Tuesday, November 30, 2010

ANUAR PEMIMPIN "ANUGERAH TUHAN?"



UM : 30 November 2010


Tercipta lagi dalam sejarah apabila seorang isteri berucap menyampaikan ucapan dasar bagi merasmikan Kongres Parti mereka bermatian memuji kehebatan suami sendiri yang berjawatan Ketua Umum.

Itulah parti Keadilan Rakyat (PKR)

Itulah juga Azizah dan Anuar....

Menurut Muhammad Zahid Md Arip (Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan,AMK), Azizah sudah kehabisan modal hingga perlu memuji suami sendiri dihadapan khalayak ramai.

Azizah turut berkata suaminya adalah insan yang hebat yang bersifat amanah,tegas dan berani dan kewibawaannya teserlah sejak zaman remaja lagi..... (rujuk UM 30 Nov 2010)

Hebatkah Anuar?....Amanahkah Anuar.....Wibawakah Anuar?

Anuar tidak perlu takut dengan bayang-bayang......Anuar ada ramai pengikut setia dan sanggup mati kerananya.....Apa perlu isteri sendiri yang memuji....

Rakan-rakan Anuar yang dalam UMNO dulu yang sangat rapat dengannya tahu siapa Anuar..sejauh mana amanahnya Anuar...

Hebatnya Anuar kerana mempunyai rangkaian rapat di dunia luar dan hebat dengan demonstrasi..........Apakah ini dikatakan hebat?

Menurut Ruslan Kasim (Bekas pemimpin PKR) ucapan Azizah seperti menegakkan benang basah kerana orang sudah tahu perkara sebenarnya dan tidak akan terus terpedaya lagi....

Menurut Azwanddin Hamzah (YDP JMM) pula Azizah menentang ketuanan Melayu secara terang-terang "merupakan satu penghinaan yang besar kepada Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu "

Oleh itu Orang Melayu yang mempunyai jati diri Melayu dan semangat Melayu yang kental seharusnya menilai perkara ini semasak-masaknya.

Banyak lagi agenda besar yang seharusnya diungkapkan oleh seorang pemimpin benar-benar berwibawa serta benar-benar mahu membela nasib bangsanya sendiri....
Negara kita berkonsepkan "Demokrasi Berparlimen, Raja Berpelembagaan"
Raja-Raja Melayu adalah tunggak kekuatan kita dan kita berpayung di bawahnya...








0 ulasan: