Putrajaya : 29 Nov 2010
Mutakhir ini sudah ramai pemimpim Bukan Islam terutamanya dari pimpinan parti pembangkang yang menggunakan ayat Al Quran dalam ceramah mereka termasuk juga yang beria-ia benar mahu berada di dalam masjid terutamanya berhampiran mimbar.
Apa sebenarnya yang mereka mahu?
Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (UM,halaman 6,30 Nov 2010), ahli politik bukan Islam tidak dibenarkan menggunakan ayat suci Al Quran dalam ceramah mereka.
"Perkara ini sama seperti menghina Islam dan Umat Islam yang menjadi majoriti rakyat negara ini. Kita perlu ingat bahawa Al-Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam dan ayat suci al Quran tidak boleh dipermainkan oleh sesiapapun"
Terbaru, Perwakilan AMK Keadilan, K.Subramaniam telah membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran walau pun dengan tafsir yang tunggang langgang dan keluar dari konteks sebenar.
Terdahulu N.Gobalakrisnan juga dari PKR dan Nga Kor Ming dari DAP turut melakukan perkara yang sama.
Begitu juga dengan pemimpin DAP yang memasuki ruang surau/masjid sehingga ke mimbar tu untuk apa?....Apakah mereka nak menunjukkan kononnya mereka tidak anti Islam atau mereka berpura demi politik untuk menarik sokongan orang Islam.
ULASAN
Kita mengharapkan pemimpin beragama Islam dalam Pakatan Pembangkang agar sensitif dengan Agama Islam yang maha suci dan Kitab Al Quran ini. Nasihatlah kepada rakan mereka yang bukan Islam...
Janganlah kerana sokongan politik yang diperlukan, Agama dan Kitab Suci dibiarkan untuk diperlekeh oleh orang bukan Islam.....
Presiden Amarika pun tidak memasuki ruang masjid sewaktu beliau melawat Indonesia baru-baru ini
Ya Allah......berikanlah petunjuk kepada mereka......
0 ulasan:
Post a Comment